BOCOR
Jalan-jalan twitter minggu lepas (ke minggu-minggu lepas entah), kecoh pasal status ex-student SMA yang 'memperlekehkan' guru-guru tentang soalan bocor dan di manakah nilai sijil kalau kejayaan yang dapat pun dicuri? Dan rentetan screenshot-screenshot underground perihal 'ketahuilah bahawa guru-guru anda telah berkecil hati lalu dimanakah keberkatan ilmu? Guru sambung lagi "ilmu bukan pada sijil, sedih dengan anak murid macam ni,"'
Hukhuk.
Pertama kali saya berhadapan secara terus (depan-depan) dengan kes ni, saya masih terlalu muda untuk tidak terkesima;
HARI KEDUA UPSR.
"Baca apa tu, A****?"
"Soalan dengan jawapan. Untuk paper esok."
'Eh? Err. WHATTT?!'
Sis yang naif ini lalu teramatlah terkejut yang bersangatan lalu hati berdebar laju dan ketakutan.
"Mana A**** dapat?"
"Mak kita bagi. Murid sekolah mak kita semua dapat,"
And i was like.. REALLY? Aku study punyalah pulun depa dapat soalan siap dengan skrip jawapan sekali?
---
Dan begitulah saya meneruskan hari-hari persekolahan, daripada TERKEJUT dan TAKUT perlahan-lahan reaksi saya berubah menjadi "Oh," saban tahun.
Dan saya masih sama, tak pernah peduli untuk tahu soalan yang mereka bincangkan, melainkan soalan yang dikoleksi dan ditugaskan cikgu-cikgu sendiri untuk kami (soalan spot).
Kita terlalu suci dan tak pernah 'tercemar' dengan soalan bocor? Lels. Bajet je nak elak, walhal saya pasti usaha pengelakan tersebut sebenarnya tak pun berjaya.
Sebab lima minit sebelum masuk dewan peperiksaan untuk subjek Biologi SPM Kertas Tiga, saya yang dah terlambat dan berlari-lari anak keluar dari pagar Aspuri terserempak dengan seorang teman yang tersengih tenang.
"Kau dah tahu ke keluar soalan apa?"
Kalau selalu saya pekakkan telinga dan geleng kepala sebab tak mahu tahu, lima minit sebelum masuk dewan hari itu saya berhenti dan bertanya "Soalan apa?"
"Eksperimen ------,"
Tentang urination kalau tak silap saya. Dan kekerapan kencing pada kadar air yang diminum. Kot.
"Mana tahu?"
"Diorang share tadi ramai-ramai,"
Setakat itu saja soalan saya. Tak mahu tanya skrip jawapan kepada beliau, saya teruskan larian marathon ke dewan sambil kepala merangka-rangka eksperimen bagaimana yang mahu saya sembahkan di atas kertas nanti.
Okaylah. Not bad. Satu-satunya pelajar yang dapat A+ Biology di sekolah pada tahun tersebut.
Tapi saya tak rasa pun ralat tu sebab semua orang sedia tahu soalan yang saya tahu lima minit sebelum masuk dewan. Saya cuba anggap itu sebagai satu 'keadilan' yang takdir peruntukkan buat saya.
UPSR, PSRA, PMR, SMA, SPM, cerita ni (kertas bocor) dah lama.
Tapi tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.
Soalan saya, bangga ke kita?
Ada sesetengah orang, katanya tak ada pilihan. Saya tak mahu cakap "Cuba yakin sikit dengan diri sendiri" sebab nanti akan dibalas dengan "Kau pandai bolehlah,"
Cumanya nak tambah. Susah tau hidup dalam julat angka yang bukan diri kita. Rentetan kisah dan pengalaman kita sama ada meniru, soalan bocor atau apa saja, keputusan tersebut akan bawa kita ke kelas yang mungkin sukar dan bukan tahap kita.
Soalan seterusnya, mampu tak kita?
#statuspanjangstressPharma

Ulasan
Catat Ulasan