RABIT HARAP
Katamu gerimis ini anugerah
untuk aku dikirim Tuhan
mengusir resah, geresah
Katamu hujan adalah pengharapan
buat si pikun melanting
menyeduh lega dingin
siulan anak-anak merdeka
basah di guyuran
menjompak sorai keriangan
Di cupingku kau bisik
kelok lumpur langking
mahu kau jernihi
dengan bening langit
lalu fikirku kau mahu sama basah
menadah kehausan
Aneh,
saatnya piama menghilang
di lazuardi tinggi, kau
mencalak cemerlang, memukau
bambang merawan mulia
melempar senyum terang
mengguyur cahaya, bahagia
berbekal harapan yang kau rajut
sebanyak itu juga aku kecewa
basah.
dan aku masih di sini, basah.
Kau tanya
‘kenapa aku tak ikut mencalak sama?’
usai kau tanam harapan buat hujan
kau paksa aku bermimpi menggapai terikmu?
sejuk dan panas takkan pernah di pojok sama
seperti itu aku terasing dari kubu yang kau bina
seperti itu aku terasing dari kubu yang kau bina
Kerna tangan yang kudepang semalam
hari ini memeluk kehilangan,
mimpiku yang selamanya mengulit asa
rupanya tak bersayap.
NH Hatta,
2 April 2015,
Ulasan
Catat Ulasan