Falsafah Syai
Falsafah Syai:
"Pelik kan, seluruh dunia menikmati teh, air yang tercipta dari rendaman daun kering, Jepun, Jerman, teh mat Salleh mahupun syai di negeri Arab ini. Aneh sungguh. Kerana dalam dunia yang berebut bermacam hal ini, perang dan politik, syai tetap mampu berada dalam dunianya sendiri. Tak ada yg bergaduh, mengakui teh ini milik siapa. Sama merasa. Sama berkongsi."
"Mungkin itu yang membuat aku sukakan syai, hanya ketika mencicip syai aku dan dia saling bersetuju, biar fikrah kami saling membakar." - Shafiq Said
.
"Syai tidak pernah memperkenalkan dirinya. Ia rela dihirup saat hangat sukar mahupun suam selesa. Tidak pernah membela diri. Rela disimbah jika tidak digemari, sanggup dicicip jika enak ditemui. Walau syai berbilang warna, bau dan rasa, ia tidak pernah memarahi peminumnya. Maka, minumlah ia dari sudut yg engkau, aku gemari" - Muhammad Bazli Rasli
.
"Syai itu enak bukan kerana maniskan gula yang digunakan, ayunya si pembancuh, apatah lagi suasana si penghidang, namun enaknya syai kerana tulennya daun yang diguna."- Hisyam Ahmad
.
"Syai itu enak bukan kerana larut gula dua camca, ayu pembancuh yang jelita, mahupun lagak bersahaja si penghidangnya, namun enaknya syai itu pada tulennya daun yang direndam bersama."- Adli Razin
.
.
Berbual yang aneh-aneh hingga akhirnya membawa kepada falsafah mewah yang menguja. Hanya dari cangkir syai yang diseduh, tapi rupanya menyingkap hakikat luar biasa ; orang sejagat tidak ada yang terbenteng dari mengenal syai.
#Darkaryawan

Ulasan
Catat Ulasan