Kepalsuan

KEPALSUAN

Kau kabarkan padaku cuma yang indah-indah
tanpa sempat aku mengerti makna bobrok dunia 

Kau gambarkan padaku cerita-cerita suka
tanpa sekelumit tanda babak-babak sedih di hadapan 

Kau nyanyikan untukku lagu-lagu cinta
tanpa aku tahu kebisuan yang tak mampu didendangkan 

Kau tinggalkan untukku kebisingan dan suara manusia
tanpa sempat kau ajarkan kesunyian dan kekuatannya menaklukkan

Yang kau tinggalkan untukku cuma senyum dan tawamu
sebelum sempat aku fahami arti kesedihan 

Fikirmu yang kau mahu hanya kebaikan
tanpa kau tahu hanya sengsara yang memelukku
untuk belajar kejelikan semuanya

sendirian.



NH Hatta
24032015
11.00 malam, 
Jordan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu