DAKWAH bukan propaganda

dengar tajuk pn macam boring ea???
tak pe,.baca dulu,.


Dakwah?? Biarlah mereka yang berjubah berkopiah bertudung labuh se Rata-rata itu yang ramai orang fikirkan bila berbicara mengenai dakwah,. Dakwah tu apa sebenarnya?

Dakwah tu maksudnya menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,.ataupun lebih femes dengan istilah amar makruf nahi mungkar,. Tak semestinya ustaz ustazah je yang kena dakwah,.... di sinilah peranan kita memberitahu masyarakat betapa hukum dakwah tu wajib,. 

Wajib??? Biar betul? Eh ko ni,.memandai je,.ajaran sesat ke apa?? Suka hati je cakap wajib,.

Tak percaya?? Okey, jom kita rujuk balik apa hukum dakwah sebenarnya,.
Pernah dengar ayat ni? Man qala LA ILAHAILLALLAH wahua da'ie,.
Mafhum nya,. 
Sesiapa yang mengucapkan "tiada tuhan yang disembah selain Allah", dia adalah da'ie..

Maknanya,.kita yang Islam ni wajiblah berdakwah ea? Aah,.yelah,.
Bila ana sebut dakwah,.tak semestinya kita kena pergi masjid bagi ceramah,.tak semestinya kita kena pergi sekolah pondok,.jadi tabligh dan sebagainya,. 


Dakwah tu kan maksudnya menyuruh kebaikan, mencegah kemungkaran,.so,even kita  pesan kat adik kita untuk basuh tangan sebelum makan pun kira dakwah la tu,. Kalau kita ajak ibu ayah kita dengar kuliah kat masjid tu kira dakwah jugalah,. Ataupun paling simple, yang kita Insyaallah boleh buat, post status kat Facebook yang bunyinya lebih kurang begini,
'moh gi masjid negeri,malam ni ada forum perdana'
'apa yang kita beri itu lah yang kita dapat kan?'
'penat ke tolong ibu masak? Memang la, tapi ibu lahirkan kita lagi penat,,'

Itu antara contoh-contoh amar makruf la,.

Nahi mungkar? 
'kenapa nak mudaratkan diri? Elok xde penyakit cari penyakit,,'
'katakan tidak kepada vandalisme'
'Couple tu haram,'

Ini cuma sampel mudah yang ana boleh tunjuk, tapi hakikat nya dakwah ni tak lah seperti apa yang ramai antara kita bayangkan,.

Kalau nak lagi best, boleh tulis blog,.tak pun vlogging ke,. Kalau lebih berminat boleh tulis novel,.macam Hilal Asyraf ataupun Fatimah Syarha,.

Tak kesah la macam mana pun yang kita nak buat,. Yang penting kita laksanakan tanggungjawab kita,.

Pernah dengar tak ayat ni,. Kita mana boleh suruh orang kalau kita sendiri tak buat,.
Ya,.memang lah betul,.tapi bukankah dengan cara berdakwah kita hakikat nya mengingatkan diri kita sendiri juga?  Lagi pun manusia mana ada yang sempurna,. Kalau nak tunggu seseorang tu jadi sempurna,baik serba-serbi,.nampaknya sampai kiamat la takkan ada orang berdakwah,.

Tak susah kan??

Susah sikit kut,.terutamanya kalau kita cuba nasihat orang yang lebih tua atau orang yang lebih hebat dari kita,.

Tapi dalam dunia ni mana ada yang senang kan?? 


Fikir Rasulullah dulu senang ke nak bawa Islam? Ha? Senang sangat la?
Rasulullah dilontar dengan batu, najis,. Para sahabat sampai luka-luka pertahankan Nabi,. Ulama' dahulu boleh dikatakan penjara tu rumah kedua mereka,.
Tapi kita?? Terlalu selesa dalam hidup kita yang entah bawa kita ke mana..

Meski kita tak mampu alirkan darah untuk Islam,.tapi kita pasti boleh lakukan apa sahaja,.sebab Allah tak melihat pada hasil tapi pada usaha,.

So,.JOM DAKWAH!!












 














Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu