KEPSUL '12
Penat tapi hebat..
Itu yang aku rasa saat pulang ke rumah. Perjalanan dua hari dua malam yang begitu menyentap rasa membakar semangat al-fateh dalam diri pemimpin.
Benarkan aku bercerita,.
Kami bertolak sekolah pada jam 4 petang atau lebih,. Perjalanan yang seharusnya singkat menjadi begitu lama dan memenatkan kerana jalan yang sesak.
Okay,.seharusnya program start pukul 8malam,.itu yang aku diberitahu,. Ceramah daripada ustaz zamri (yang tv9 tu).. Tapi nak buat macam mana kan,.pukul 7 kami masih di dalam bas,.
Then berhenti solat maghrib ,isya'..singgah Petronas borong maggi. Haha. Allah je yang tahu betapa lapar nya aku waktu tu,.dah la gatai tak pergi DM makan lunch..
Tapi naik bas balik, saat kami memang terisi bila mana kami baca al- ma'thurat ramai-ramai..then dengar sedikit tazkirah buat pengisian hati kami,. Manis kan??
Nak tahu bas sampai pukul berapa? Pukul 10 malam,. Boleh bayang tak perjalan
an ke Johor pun tak selama itu,. Sungguh lah Allah itu MAha MErancang,. Sampai-sampai, slot ustaz zamri pun dah nak habis,.redha je lah kan?
Tapi atas kelewatan kami ternyata banyak yang kami tertinggal,.mas'ul dan mas'ulah pun dah dilantik,.setiap kumpulan pun dah ada ketuanya,.dah taaruf dah pun,. So tak leh nak buat pape lah kan? Then malam tu kami disuruh buat bendera,. Kami diberi kain putih satu untuk lelaki satu lagi untuk perempuan.. So berebut lah mengejar waktu nak menyiapkan bendera kan,. Nak tau apa kesilapan kami? Bendera tu sepatutnya sama bukan berbeza, sebab kan kita satu kumpulan,.kita semua satu pasukan,tak kira la perempuan ke lelaki.
Ala,.malasnya nak cerita detail..tapi pokoknya esok pagi qiamullail aku tak join sebab sakit perut,. Bila aku turun untuk solat subuh sekali,.nadiah rahim tanya aku, hidayu, kau xde ea tadi? Aah. Nape?
Nak dijadikan cerita qiamullail xberapa jadi sebenarnya sebab muslimin lewat,.dan atas kelewatan mereka lah pelajar muslimat semuanya kena lompat bintang,.BERTELEKUNG,.haha,.tak terbayang macam mana la rupanya kan? Alhamdulillah aku tak kena,.
Apapun yang kami buat kat sini kem komander mesti kira sampai 3 atau pun 5,.cepat kan? Teringat satu kata-kata yang kita ni memang perlukan pemangkin,.kalau tak diketuk tak bergerak,.jalan pun memanjang je berlenggang,.padahal kan kita sepatutnya mengejar masa, sebab masa tu takdenya nak berhenti tunggu kita,.
Pagi tu slot al-fateh oleh ustaz ashaari,.ustaz ni kelahiran KISAS,.hebat kan? Tak tahu kenapa tapi seolah dalam fikiran aku memang dah tertanam yang pelajar dari KISAS semuanya hebat,. Mind set kan?
Okay,.sebelum terlupa,.seperkara lagi yang kami belajar ialah mengenai mind set..apapun yang kita buat banyaknya bergantung pada cara kita fikir,.betul tak?
Nak kongsi satu kisah,.
Ada seorang lelaki ni,.beliau bekerja di sebuah kilang sejuk beku,. Ditakdirkan pada suatu hari beliau masuk ke dalam salah sebuah bilik sejuk beku tu,.entah macam mana,.pintu tu stuck xleh bukak,.habis macam mana ni? Setelah pelbagai cara dilakukan, lelaki itu masih tak berjaya bukak pintu,.sampai lah semua orang dah balik rumah tanpa seorang pun menyedari yang ada seorang pekerja terperangkap di dalam bilik sejuk beku,.
Berbalik kepada kisah lelaki tadi yang sedang kesejukan teramat sangat,.dia begitu yakin bahawa ini merupakan saat-saat terakhir hidupnya,. Masa nya sudah begitu hampir,. Lelaki itu pun mengambil sehelai kertas dan sebatang pen di dalam kocek,.lalu ditulis lah segala wasiat untuk anak, isteri dan sahabat,.pesanan terakhir dan segala nasihat,.perlahan-perlahan lelaki itu mati akibat kesejukan yang teramat di dalam bilik sejuk beku,.
Pada keesokan harinya, bila mana seorang pekerja yang juga merupakan teman kepada lelaki tadi membuka pintu bilik sejuk beku,.terperanjatlah dia melihat mayat sahabat yang sudah beku itu,.tak sangka perkara sebegini boleh terjadi,. Nak tahu tak apa yang lebih mengejutkan? Semalam, sebelum pulang, seorang pekerja telah secara tidak sengajanya mematikan semua suis kilang sejuk beku.. Jadi bagaimana mungkin lelaki tadi mati kesejukan sedangkan dalam bilik tu tak sejuk? MIND SET!!
Okey,berbalik kepada perjalanan ana di kem,. Nak cerita yang Best je boleh? Petang tu ada satu LDK,. Di mana kami dibahagi kepada beberapa kumpulan,.perempuan lelaki asing lar,.. Setiap ahli kumpulan disambungkan dengan benang,. Satu kumpulan diberi enam plasti berisi air dan sebatang lilin,. Cara permainan,.kami dikehendaki memadamkan lilin pihak lawan menggunakan plastik berisi air,.dan mempertahankan lilin kami,. Syarat,.setiap ahli kumpulan mesti berada di dalam benang dan benang tak boleh putus,.faham kan?
Then, kami pun berusaha lah bersungguh-sungguh nya memadamkan lilin kumpulan lain,.nak dijadikan cerita, kami tak bergerak langsung dek mempertahankan lilin kumpulan kami,. Serangan bertubi-tubi daripada kakak fasi menyebabkan kami kuyup tanpa kami sedari mereka lah pihak lawan yang sebenarnya,.dan bila saat kami sedar yang kami sepatutnya bersatu memadamkan lilin kakak fasi, peluru kami dah hampir habis pun,. Kami gagal. Syahid semuanya,. Kesimpulan yang aku nak buat kat sini,.kami tak faham arahan dengan jelas,.strategi memang ada,.teamwork memang hebat,tapi silap faham arahan,.betul la kan?
Next,.petang tu kami dibahagi kepada beberapa kumpulan,.kali ni bergabung dengan pelajar muslimin,.task: memasak 2 biji telur yang mana nanti nya telur itu akan dibahagi kepada perempuan dan lelaki,. Dah la tadi baru hujan kan? Kayu dengan daun pun mana ada yang kering,.macam mana ni? Api oh api, macam mana nak buat ni? Hehe,.berjaya la! Kami berjaya juga memasak telur walaupun cuma separuh masak,.dengan bantuan pengalaman beberapa ahli kumpulan yang begitu profesional sebagai puteri Islam dan kadet remaja sekolah,. Alhamdulilah, berjaya jugalah akhirnya,.
Malas nak cerita panjang,.terus kepada malam,. Malam tu lepas buat LDK sekolah impian dan LDK kertas kerja,.ingatkan dapat la balik dorm tidur,.tiba-tiba kami semua diarahkan untuk berkumpul kat kanvas biru tepi sungai,.dah lah tengah hujan pulak tu,.sabar je la,.arahannya,.kami diberi masa 5minit balik dorm untuk ambil semua barang yang perlu,. Sebab malam ni kami akan buat rumah penginapan, dewan kuliah dan tandas,. Kami xdibenarkan guna dorm, dewan kuliah dan tandas yang memang ada kat sini,. Guna la apa pun barang, yang penting mesti siap, kalau tak nak tidur mana kan?? Buat dalam masa 30 minit sahaja,.
Tapi muslimat nampaknya semua fikir tak boleh,.dan ramai yang fikir ini semua hanya tugasan dan fasi tak mungkin biar kami tidur di luar,. Hakikat nya telahan kami salah semuanya,.padan muka kan? Pelajar muslimin sedari mula begitu bersungguh mencari bahan untuk penginapan,.tapi muslimat?? Tercangak cangak tak tahu nak mula dari mana,.tak tahu nak buat apa,.tak tahu nak guna apa,.tak tahu buat di mana,. Sampai kan muslimin yang bantu nak gerakkan kami,.tension kan?? Semuanya nak kena diajar,.
Tapi pengakhiran nya kerja kami memang tak sempat siap,. Tapi memang itu lah tempat penginapan kami,. Apa yang kita buat, itu lah yang kita dapat kan? Maka tidurlah kami beralas daun daun pokok dan berbumbungkan langit malam berteman unggas hutan yang bersuka ria bermandi hujan,. Hujan? Ya,.memang hujan,.mesti ramai demam kan balik ni? Kalau kita set minda kita macam tu,.konfom lah demam kan??
Pukul 3pagi kami dibangunkan,. Bendera dibakar,.salah kami sebab tak tahu menghargai amanah yang diberi,.
Komando rest?? Pertama kali seumur hidup aku,.
Kemudian kami diarahkan bina satu unggun api yang besar yang boleh bertahan selama paling kurang satu jam,. Boleh?? Boleh je sepatutnya,.tapi entah lah,.sekali lagi aku salahkan kayu yang basah,.the same reason,. Tapi then bila dah cuba banyak kali, kami disuruh ke tepi, buat bulatan besar,.biar kakak ngan abang fasi pulak yang buat,.boleh je menyala,.besar pulak tu,.
Maka bermulalah sesi bicara jam 4 pagi, dari hati ke hati? Ye ke hati? Ntah,.tapi memang kem kom suruh cakap apa perasaan kami,. Apa yang kami nak kongsi,.sesiapa pun boleh cakap,. Cuak oh,.dia main siram-siram air,.fuhh,.ntah lah,. Tak tahu nak cakap apa,.dalam kepenatan dan mengantuk yang teramat,.entah macam mana aku masih bugar mahu mendengar dan berbicara,.
Kemudian kami bertakbir dalam dinihari hutan memecah sepi,. ALLAHUAKBAR!!!
Selesai Subuh berjemaah dan menjamah beberapa keping biskut hup seng,. kami dibenarkan berehat sampai jam 8 pagi, mandi,.daN kembali berkumpul pada jam 8.30 pagi,.
Waktu penutup, lima orang pelajar muslimin dan lima orang pelajar muslimat terpilih menjadi pemimpin terbaik,. Alhamdulillah,.dalam penat dan rasa rimas memburu masa, Allah memilih aku menjadi pemimpin terbaik muslimat,. Yang kedua,.Sarah,. Dapat juga kami membawa nama SAMTTAJ dengan baik,. Selebihnya, maaf, aku tak berapa ingat,. Pemimpin muslimin terbaik yang pertama Harisudin dari SAMER,.yang kedua Wan Muhamad Wafi dari SBPI Rawang,. Memang hebat mereka,. Tak aku nafikan, tak mustahil kalau satu hari nanti mereka boleh menjadi pemimpin sehebat al-fateh,.insyaAllah,.
Apa konklusi??
Banyak sekali,.dan serasa aku setiap kali aku pergi kem kepimpinan memang banyak yang aku belajar,. Kepada pembaca yang begitu baik hati membaca entri ni sampai habis,.doakan aku mampu menjadi pemimpin hebat untuk diri sendiri,.untuk warga aspuri,.dan insyaAllah untuk masyarakat di luar sana,. Ameen,..
^_^
pengalaman yang sangat mengujakan dua hari dua malam dalam program kepsul,.
meski perjalanan yang sangat memenatkan selama 6 jam di dalam bas,
meski 2 jam tidur berbumbung langit malam bermandi hujan,.
meski kepenatan yang teramat kerana tidur yang kurang,
meski mengejar lima saat walaupun cuma untuk makan,.
... tapi realiti nya pemimpin memang perlu belajar
erti tabah dan sabar menongkah mehnah,.
dan pemimpin memang perlu bersedia dimaki dicaci,.
Rasulullah pergi Taif baginda dibaling batu,
kita? kena lompat bintang je kan???
satu kata-kata yang sangat perlu untuk kita renungkan,. ^_^
meski perjalanan yang sangat memenatkan selama 6 jam di dalam bas,
meski 2 jam tidur berbumbung langit malam bermandi hujan,.
meski kepenatan yang teramat kerana tidur yang kurang,
meski mengejar lima saat walaupun cuma untuk makan,.
... tapi realiti nya pemimpin memang perlu belajar
erti tabah dan sabar menongkah mehnah,.
dan pemimpin memang perlu bersedia dimaki dicaci,.
Rasulullah pergi Taif baginda dibaling batu,
kita? kena lompat bintang je kan???
satu kata-kata yang sangat perlu untuk kita renungkan,. ^_^