ANEH tapi BENAR
Nak kongsi satu kisah,.
Ada seorang lelaki ni,.beliau bekerja di sebuah kilang sejuk beku,. Ditakdirkan pada suatu hari beliau masuk ke dalam salah sebuah bilik sejuk beku tu,.entah macam mana,.pintu tu stuck xleh bukak,.habis macam mana ni? Setelah pelbagai cara dilakukan, lelaki itu masih tak berjaya bukak pintu,.sampai lah semua orang dah balik rumah tanpa seorang pun menyedari yang ada seorang pekerja terperangkap di dalam bilik sejuk beku,.
Berbalik kepada kisah lelaki tadi yang sedang kesejukan teramat sangat,.dia begitu yakin bahawa ini merupakan saat-saat terakhir hidupnya,. Masa nya sudah begitu hampir,. Lelaki itu pun mengambil sehelai kertas dan sebatang pen di dalam kocek,.lalu ditulis lah segala wasiat untuk anak, isteri dan sahabat,.pesanan terakhir dan segala nasihat,.perlahan-perlahan lelaki itu mati akibat kesejukan yang teramat di dalam bilik sejuk beku,.
Pada keesokan harinya, bila mana seorang pekerja yang juga merupakan teman kepada lelaki tadi membuka pintu bilik sejuk beku,.terperanjatlah dia melihat mayat sahabat yang sudah beku itu,.tak sangka perkara sebegini boleh terjadi,. Nak tahu tak apa yang lebih mengejutkan? Semalam, sebelum pulang, seorang pekerja telah secara tidak sengajanya mematikan semua suis kilang sejuk beku.. Jadi bagaimana mungkin lelaki tadi mati kesejukan sedangkan dalam bilik tu tak sejuk?
sebab mind set dia dah letak yang dia akan mati,.dan kerana fikiran itulah dia telah melemahkan seluruh sistem tubuhnya sendiri termasuklah jantung,.kerana akal memberitahu begitu,.
Ulasan
Catat Ulasan