Validasi

 

Entah untuk siapa tulisan ini.

It's not a good feeling doing treatment with so many limits. Saya bukanlah seorang yang penyabar, dan saya hormat kawan-kawan yang masih bersabar bekerja dalam fasiliti awam kerajaan. Yang pertama, kerana saya tidak berjaya diberi lantikan tetap. Malah dipujuk untuk sambung kontrak menyambung khidmat dan berbakti. Ia perasaan yang baik — berbakti. Tapi harus sabar dalam berbakti. Saya gagal bahagia bila saya tidak dapat buat yang terbaik dalam kerja-kerja saya. Saya berani cakap begini kerana untuk dapat buat yang terbaik dalam pergigian, selain doktor, kita perlu bahan dan peralatan yang cukup. Tak perlu pergi jauh, sedangkan pernah lebih 6 bulan filem x-ray tak ada sampai kami berniat nak beli sendiri sebab kasihankan pesakit yang terganggu proses rawatan. Bayangkanlah nak buat rawatan akar tanpa x-ray? Kawan sekerja saya sampai beli apex locator sendiri. Itu belum cerita sealant GP habis, non-setting calcium hydroxide tak ada, etching habis, fasa awal-awal tak pernah ada rubber dam dan semuanya keluar duit sendiri beli sendiri. Ini perasaan saya sebagai doktor gigi. Saya dan kawan-kawan keluar duit sendiri beli macam-macam untuk pesakit. Seperti mana guru-guru keluarkan duit poket sendiri untuk beli macam-macam di sekolah. Itupun syukur saya dapat buat MOS. Ada kawan-kawan saya yang tak dibenarkan buat MOS pun.

Itu belum lagi kejengkelan melihat penggunaan berkeping-keping kertas resit RM1 dan RM2 untuk rawatan bernilai RM14 atau RM26? MENGAPAKAH? Itu belum lagi kesakitan hati melihat pengenalan sistem LP8 baru di zaman IR4 ini. Berapa banyak pokok ditebang nak membayar tender? Itu belum cerita pembaziran-pembaziran bodoh yang berlaku secara sedar dan tak sedar, kerana polisi-polisi yang dikuatkuasakan.

Ada yang pujuk suruh sambung kontrak dan asah skill dalam tempoh masa berbaki ni. Bila sampai masa nak keluar nanti, kita dah ada kemahiran yang lebih untuk bersaing. Tahukah anda? Kami akan dihantar ke PPV jika menyambung kontrak. Tentulah  saya gembira dapat berkhidmat dan menyumbang bakti. Dengan pengalaman lagi (benda paling saya hargai dalam hidup adalah pengalaman).Tapi di pihak saya yang tak jelas hala tuju kerjaya, sekiranya menyambung kontrak dan menghabiskan tempoh khidmat di PPV, saya tak lagi mengasah kemahiran dalam rawatan saya. Nak attach pakar? Kirim salam. Cukup tempoh khidmat saya akan ditamatkan, masa tu kalau keluar, saya akan bersaing dengan ratusan lagi doktor gigi yang tak dilantik tetap. Ada yang pujuk cuba yakinkan yang satu hari nanti boleh mohon lantikan khas yada yada (?) Maaf, saya tak mampu berpegang dengan risiko begitu.

Mungkin saya cuma menjelaskan diri sendiri, meyakinkan diri sendiri. Sebab saya sangat berharap perkhidmatan awam dapat dikukuhkan, mengecilkan jurang kaya miskin di negara ni, bukannya menggalakkan penswastaan sektor kesihatan. Tapi saya tak ada pilihan yang indah untuk sambung berkhidmat kerana saya tidak penyabar.

It's not a good feeling doing treatment with so many limits, at least for me. Kita ada pakar, saya hormat itu. Tapi untuk benda-benda asas yang patutnya saya boleh buat, banyak yang terhalang. Dan saya sedar yang saya sangat privileged untuk buat keputusan-keputusan ini di saat ada kerja pun dah cukup.

Untuk kawan-kawan yang sambung dalam perkhidmatan, saya hormat keputusan kalian, moga satu hari nanti kalian ubah semua benda-benda yang kita rasa bodoh sekarang.

Memetik seorang sahabat, "Lepas semua sudah diusahakan, selebihnya adalah ketentuan."

Doakan saya untuk perjalanan seterusnya. Doakan niat saya baik.

Entah untuk siapa tulisan ini.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

conteng baju sekolah^^

dah habis dah sekolah. macam tu je.

Catatan Melahirkan Seorang Ibu

Engaged

Kepergian