Catatan

bergerak

Sejak kebelakangan ni selalu rasa pening loya nak termuntah. Asbab: -Banyak sangat research untuk assignment 'Determinants of IQ test performance ' subjek psychology, and baca banyak teori psychology walaupun takde kena mengena dengan kajian. -Strive nak kejar habis cover study sebab study last minute punya pasal padahal nak markah tinggi. -_-' -Merenung jadual yang disusun cantik lagi padat memualkan sampai tak terbuat. -Baca status dan komen perbincangan ahli ahli pemikir dengan aras bahasa tinggi seperti Sarip Dol,  Faizin Shamsuddin, Fouziah Gous. -Berusaha memenuhi kapasiti kapasiti amanah dan tanggungjawab yang aku sendiri cari untuk mangoptimumkan masa dan bermanfaat untuk orang lain. Semua semua ni buat kita rasa loya. Rasa penuh otak. Rasa tak larat. Rasa nak campak semua jauh jauh. Tapi. Tapi. Waktu pulun movie sampai tujuh lapan jam sehari takde pulak nak pening. Tidur lewat malam tengok cerita korea cerita jepun takde pulak nak loya? Terleb...

Sedekah. Sindiket?

Dah lama nak tulis, tapi tak tahu kenapa tak tulis tulis. Hari ni dekat open talk MSS, ada disebut sedikit oleh saudara penceramah, jadi saya terpanggil untuk mengulas sedikit. *** Situasi klise. Syari' Jamiah seperti biasanya sesak dengan orang ramai yang entah apa mereka sibukkan. Dalam teliti menyusun langkah agar tidak terpijak sampah sampah di atas jalan, Mina disapa seorang anak kecil berbangsa Arab yang menjual gula-gula getah berbungkus merah. Muka minta simpati dipamer. Mina sudah menyeluk saku jubah cuba mencari syiling untuk dihulur. "Eh, tak payah lah. Diorang ni sindiket kot ni". Siku kawan di sebelah. Mina terdiam. Langkah diteruskan. Anak kecil tadi dibiar mengurus halnya sendiri. *** Klise. Pemandangan sama saban hari buat aku aneh dengan pemikiran manusia. Lihatlah dari banyak sudut. Sampai bila kita nak skeptik dengan golongan yang meminta? Takkan atas alasan mungkin mereka menipu, atau kita tidak mahu mereka berterusan menipu, maka gol...

Hikmah kembara

Back to my super ordinary life. Kembali menghirup udara tak berapa segar. Kembali menghadap sampah sampah tak terurus di tepi jalan. Kembali berhadapan dengan kerenah arab yang macam macam. Err mungkin kembali serabut?  Tapi.   Kembali menjejak langkah bertapak di bumi ini cukup membuat aku menghirup nafas syukur. Cukup membuat aku rasa lega yang teramat.   Jaulah selama sepuluh hari di bumi eropah cukup membuat aku mengerti dan faham kenapa Allah tempatkan aku di Jordan. Ya, memang aku perlu banyak sabar dengan banyak perkara. Tapi rasanya itu lebih menenangkan daripada rasa kusut dan serabut dengan memikirkan solat dekat mana, makanan halal macam mana, dengan anjing merata-rata. Semua ada cabaran masing masing. Mungkin ini hanya pandangan bagi perjalanan sepuluh hari. Dan mungkin jika safar itu lebih lama aku akan mampu lebih fleksibel dalam mengawal keadaan dan menerima situasi. Tapi jelasnya mungkin aku lebih rela berhadapan cabaran di sini. Di bumi Jordan sead...

The pious man and the shopkeeper.

There lived a pious man all by himself, who spent most of his time in praying, fasting and praising Allah. Almost all his waking hours were utilised in meditation and devotions. He was very happy with his spiritual progress. No wicked thoughts came to his mind and no evil temptations entered his heart. One night, he dreamt a rather disturbing dream. He saw that a shopkeeper in the town was far superior to him in spirituality and that he must go to him to learn the basics of true spiritual life. In the morning, the pious man went in search of the shopkeeper. He found him busy with his customers, selling goods and collecting money with a cheerful face. He sat there in a corner of the shop and watched the shopkeeper carefully. No signs of any spiritual life at all, he said to himself. His dream could not be true. But then he saw the shopkeeper disappear to pray his Salah. When he returned, he was busy dealing with money matters again. The shopkeeper noticed the pious man sitting in ...

memalukan tanpa sedar

Situasi 1: "Baiklah, hari ni saya akan perkenalkan mentor-mentor untuk subjek ini. Mentor-mentor ini saya pilih berdasarkan keputusan peperiksaan yang lalu. Yang pertama, Siti Zubaidah," kata Shamirah selaku ketua Biro Akademik. "Zubaidah, boleh berdiri kot, bagi orang kenal" bisik Shamirah pada Zubaidah. Zubaidah akur, bangun dengan awkward nya. Sengih. "Seterusnya, Zaleha," Shamirah meneruskan. Zaleha angkat tangan. Tak mahu berdiri. Segan mungkin. "Bangun la sayang", cuit Shamirah. "Hmmm. Ala, takpela, bukan formal pun." Shamirah malas mahu bicara panjang lantas meneruskan nama mentor yang lain. Tanpa sedar Siti Zubaidah yang tadi pertama namanya disebut sudah memerah muka. Segan agaknya berdiri seorang. 'Orang lain pun mentor juga, tapi dia seorang je yang berdiri.' Zubaidah malu. Terasa macam dia syok sendiri. Memikirkan apa agaknya pandangan teman lain terhadap dirinya. Situasi 2: Sahabat bertiga i...

Siapa nak jadi imam?

"Okey, siapa yang nak offer diri jadi imam solat zuhur?" Semuanya diam membisu. sambil bertolak-tolakan,beberapa nama popular dikutip untuk dijadikan sasaran menjadi imam. *tolak tolak "Hah Aminah la jadi imam!", kata Siti. Setuju....!!!!!!! Semua setuju sebulat suara. Aminah terdiam tanpa kata.Namun dituruti jua keputusan syura spontan itu. Hatinya berkata-kata,alangkah cantiknya jika ramai yang ingin belajar dan mencuba. Aku juga bukan selayak yang disangka. Mudah-mudahan esok lusa ada yang berani tampil. In shaa Allah. "Bismillahirrahmanirrahim......Allahuakbar" (solat berjemaah bermula). *** Imam. Apa perlu seorang imam itu sempurna? Atau bacaannya perlu mantap sekali sampai tiada silap? Memang. Memang sebaiknya kita pilih orang yang baik bacaannya untuk jadi imam. Tapi percayalah, jadi imam itu sendiri satu jalan untuk kita mem'baik'kan bacaan. Takkan selamanya kita nak tuding jadi, tolak kawan untuk jadi imam kita? At...

Azam tahun baru dia.

Imej
Dia selak lagi. Halaman demi halaman buku laporan Lab Biology diperhati. Senyum. Atas penjuru halaman terakhir, nampak tulisan Miss Hebah, perfect :) "You get 30 out of 30," kata Miss Hebah Atef. Alhamdulillah. Selak kertas kuiz minggu lepas. 16/15. Alhamdulillah lagi. Seronok bukan hanya sebab dapat markah gempak je. Tapi rasa seronok sangat tu sebab berjaya jadi pelajar Malaysia yang baik pada mata lecturer ini. Sebab kita di sini jadi duta Malaysia. Ya. Duta. Berkejar pergi surau untuk solat Asar. Selesai solat, dia borak sekejap dengan kak Izzah. Lepas tu, tergesa-gesa beransur. Nak kejar Coaster Azzam katanya. Yuni dengan Dijah sedang solat lagi. "Taknak tunngu diorang ke?" "Taknak." Perangai. Yang tunggu gonggok datang dah ramai masa tu. Err gonggok tu bas yang panjang jadi kami panggil gonggok. Student Arab panggil BAS DUDEH. Yakni bas ulat. Heh. Dia maju ke kiri. Bajet taknak tunggu sini sebab takut bas dah penuh nanti. Semangat je. ...