PERISTIWA SOAL SELIDIK kem gambang kump 1 siri 10 / 2013
Okay lar okay lar,. Atas permintaan banyak pihak sekarang ni
cik nurul hidayu nak cerita pasal peristiwa soal selidik tu eh. Penting sangat
ke peristiwa ni sampai kena tulis kat blog? Entah, cumanya dia pun ada bagi
lesson gak lah dalam hidup aku.
Cerita dia macam ni, kitorang ada pertandingan nasyid untuk
malam khamis, so mengikut jadual modul
kerohanian yang telah diluluskan oleh Timbalan Komanden Latihan (TKL),
malam Isnin sampailah malam sebelum pertandingan, masa kitorang diperuntukkan
untuk latihan nasyid lah kiranya. Nak dijadikan cerita, Isnin tu dari pagi
sampai petang ada latihan air untuk wira dekat Kolam Renang Indah
Sempurna,,Selasa untuk wirawati pulak.
Alkisahnya waktu hari isnin tu wira dengan hepinya balik
dari kolam renang setelah seharian berpenat lelah main air , (*hepi ke? Dah
kena ceramah free dengan JL sebab buat hal gatal tangan conteng pintu bilik air
kat tempat awam tu. Hoho).. balik balik je diorang ni terus rehat dekat dorm
lah kan buat pentadbiran sendiri.
Then waktu maghrib macam biasa lah semua gerak ramai-ramai
pergi surau untuk solat berjemaah (*eceh,jemaah tak tinggal tu, wuuuu..),time
ni ustaz sifardin tak datang lagi, tak tau lah, ada hal kot,. Lepas maghrib
macam biasa lahh, tirai dibukak dan kitorang pun beratur mengikut dorm mengikut
kelazimannya.. so sementara menunggu kedatangan ustaz, penghulu surau a.k.a
Ketua Pelatih a.k.a Kuntang Power atau nama sebenar beliau Pakcik Akmal Arif
menjalankan tanggungjawab beliau lah bagi tazkirah sikit sikit,.
Tengah syok syok beliau berbicara dengan feelingnya ni,
alkisah terdengarlah radio gambang berbunyi, PERHATIAN KEPADA SEMUA PELATIH,
ANDA DIKEHENDAKI BERADA DI DORM MASING MASING DAN TIDAK BERLEGAR LEGAR DI LUAR
DORM! ULANG SUARA, PERHATIAN KEPADA SEMUA PELATIH, ANDA DIKEHENDAKI BERADA DI
DORM MASING MASING DAN TIDAK BERLEGAR LEGAR DI LUAR DORM!! TERIMA KASIHHHHH!!!!
Hah! Dengan feelingnya aku dengar suara cikgu L buat
pengumuman. Kitorang yang dalam surau ni pun dah resah gelisah seperti pacat
kepanasan. Dalam hati semua dah buat monolog dalaman, “eh,biar betul? Balik dorm
ke ni? Seriouslyyy?? Ke non-muslim je? Kitorang kena balik dorm ke tak ni? ”
dan macam macam lagi lahh andaian sendiri,. Lepas tu pakcik Jas Khairulshazwan
Jas Saripudeen pun bangkit dari perdudukan beliau pergi ke One Stop Centre
(OSC) tempat stesen radio gambang tersebut beroperasi,. Then pakcik jas balik
buat hint kat KP, hint dia kalau aku translate bunyik dia macam ni lahh,
“SEMUA. SEMUA PELATIH. S.E.M.U.A. PELATIH. BALIK DORM. SEKARANG.” Hoho.
Bila KP dapat hint tu dia pun nak habiskan lah sesi tazkirah
tu kan, tapi alkisahnya tak sempat habis cakap lagi ni dah dengar satu suara
yang merdu berbunyi, “KAMU SEMUA TAK DENGAR ANNOUNCEMENT KE?? SAYA BAGI MASA
LIMA MINIT SEMUA DAH ADA DEKAT DORM!”.
Adushhhh.. sadis betul kisah perjuangan kitorang nih. Duhai cikgu L yang disayangi, kitorang ni bukannya tak reti bahasa, kot ye pun, tunggu lah
pakcik Kuntang habis ayat beliau ni duluuuuu..
dalam hati aku dah berapi rapi dah
dalam bicara tersendiri, “ISK. PLEASE LAHHH. TAK RETI RESPECT ORANG LAIN
KE? Urghhhh!!!” ~~~sori ye cikgu, saya
termarah cikgu dalam hati. Hoho.
Then, bila dengar je cikgu cakap camtu semua orang pun
serbulah pintu surau, nasib baik tak roboh. Tutup lah lampu maka bergelap lah
surau ni. Nak dijadikan cerita, bila tinggal empat lima orang je wirawati kat
tangga surau tu tengah pakai selipar, bila dah bergelap dah surau ni, muncullah
ketibaan ustaz Sifardin yang telah banyak berjasa kepada kami, . ustaz tanya
aku, “Ni kenapa ni hidayu?” aku pun dengan muka bersalahnya jawab lah,”tadi ada
announcement suruh semua balik dorm.”
Then ustaz suruh aku panggil semua wirawati naik surau balik.
Naik lah semua atas surau. Lepas tu kitorang dengar lagi
announcement yang suruh balik dorm tu. Ada lah dalam dua tiga kali. Time tu
kitorang dah selamat dah dalam surau duduk ikut barisan dorm kitorang. Semua
senyap sunyi je. Takut dengan ustaz punya pasal. Ye lah, mana taknya, time tu
ustaz tengah geram kot. Sebab waktu kelas dia tetiba pelatih semua hilang.
Ustaz call JL lain tanya apa cer tapi sorang pun tak tahu.
Haih, lepas tu ustaz tanya kat kitorang yang wirawati ni apa
cerita sebenarnya? Kenapa takde sorang pun yang beritahu ustaz yang kelas malam
ni dibatalkan? Ustaz datang datang tengok surau kosong? Apa cerita ni?? Hah
lebih kurang macam tu la bunyik soalannya. Yang wirawati ni pun ramai ramai lah
jawab jadik bunyik lalat tu tau tak? Jawapannya ustaz tak dengar pun. Lepas tu
aq bangun, cakap kat ustaz, “tadi lepas maghrib KP bagi tazkirah sikit
sementara tunggu ustaz datang. Lepas tu dengar announcement suruh semua pelatih
balik dorm. Lepas tu Jas pergi OSC tanya cikgu semua pelatih ke non muslim je,
cikgu ckp semua. Lepas tu KP tak habis ayat last dia lagi, cikgu L datang
surau cakap bagi lima minit je semua dah ada kat dorm”.
Ni paham ke tak paham aku tulis apa ni? Macam bosan je plot
penceritaan aku ni. Hoho. Lepas tu
isya’. Wira naik surau, . lepas jemaah sesama, kitorang semua wira wirawati
beratur lagi ikut barisan dorm. Lepas tu tunggu lah ustaz nak cakap apa. Ustaz
tak cakap apa pun, ada lah sepatah dua kata, tapi pelan je so tak dengar
sangat. Yang aku dengar ustaz suruh balik dorm. Kitorang pun dalam hati, “FUHH.
LEGA..” COP!!! Sabar dulu! Cerita tak
habis lagi. Baru nak mula sebenarnya. Kitorang dengar radio gambang bunyik lagi
suruh wirawati pergi dewan makan, wira pulak balik dorm berehat. So kitorang
wirawati yang taat lagi patuh ni dengan berat hatinya pergi lah DM.
Hah, kat sini lah bermulanya peristiwa soal selidik tu!!!
jeng jeng jeng.
alkisah tersebutlah kisah,.
kami wirawati kena isi borang soal selidik mengenai perjalanan kami selama hampir dua bulan setengah di kem PLKN Gambang.
Aku tak tau apa yang wirawati lain tulis, tapi demi kemaslahatan bersama, aku tulis supaya JL JL jangan suruh pelatih buat kalau JL sendiri tak buat. JL suruh wirawati berpakaian sopan, baju takleh kecik kecik adik adik punya, tapi sori to say, JL sendiri pakai baju lengan pendek especially waktu roll-call malam. Apa cerita? dan lagi, JL cakap tak boleh bercinta la bagai, tapi JL siap update lagi pasangan pasangan kat sini.
CHECK BALIK SURAH AN-NUR AYAT 30,31.
segala kerjasama amatlah dihargai.
then aku ushar borang budak sebelah aku, dia tulis "jangan curik masa ustaz".
hahah. lepas tu aku gelak baca tulisan dia tu.
lepas aku gelak aku copycats lah dia punya tu. sebab aku macam rasa macam tu jugak.
then hantar borang.
OK. THE END.
sepatutnya itu lah penamat soal selidik kan.
TAPI CERITA AKU BELUM BERAKHIR.
After roll-call malam tu, cikgu L pegang microfon dan ayat last dia berbunyi begini, "wirawati, lain kali jangan suka suka guna nama saya untuk apa-apa hal. kamu tak tahu cerita sebenar, jadi jangan nak pandai-pandai. untuk wirawati yang terasa, hah dia la yang buat tu. siapa yang terasa tu boleh jumpa saya lepas ni untuk mintak maaf."
tetttttt. aku terasa. nak tahu kenapa? sebab kan tadi kat surau yang ustaz suruh cerita tu aku cerita ayat aku macam ni, “tadi lepas maghrib KP bagi tazkirah sikit sementara tunggu ustaz datang. Lepas tu dengar announcement suruh semua pelatih balik dorm. Lepas tu Jas pergi OSC tanya cikgu semua pelatih ke non muslim je, cikgu ckp semua. Lepas tu KP tak habis ayat last dia lagi, cikgu L datang surau cakap bagi lima minit je semua dah ada kat dorm”.
hahah. dapat tangkap tak cerita aku ni? kan lepas tu ustaz pergi serang OSC tapi OSC kosong? pada firasat aku lah, JL JL yang bertugas semua dah lari sebab kecut perut dengan ustaz. dan pada firasat aku, cikgu L tanya wirawati kot apa yang ustaz cakap. dan wirawati itu pun cerita kepada cikgu L dialog yang aku ucapkan kepada ustaz itu.
AKU PERGI MINTAK MAAF LAH?? eh sori sikit. aku bukan cerita buruk pun kat ustaz, aku cuma cerita apa yang berlaku. kalau orang lain pun, mesti akan cerita exactly macam aku cerita kan?
lepas cikgu L pegang mic, cikgu O merangkap KJ fizikal pulak yang pegang mic. ada ler kena ceramah sepatah dua kata. aku dalam hati dah berapi dengar ceramah dia. hahah. tak lah. tak berapi. biasa je. yang berapi ni time makhluk Allah yang berucap lepas cikgu O ni hah. sapa eh?
siapa lagi kalau bukan ayahanda tiri AJK surau merangkap Timbalan Komanden Latihan (TKL). fuhhh. aku sabar je lah dengan beliau ni. aku dekat belakang dah terkipas kipas dah. cane nak cakap eh? every single words yang keluar dari mulut dia tu boleh aku rumuskan sebagai unmatured dan berasaskan emosi dan sikap tidak profesional yang melampau. dekat sejam lebih jugak lah kitorang ni menadah telinga mendengar bebelan beliau. cair taik telinga aku dibuatnya.
meh aku rumuskan apa yang beliau bebelkan ye?
BANYAK soal selidik wirawati yang cakap JANGAN CURIK MASA USTAZ. aku pun sangat lah terkejut sebab bila aku tanya kawan aku kiri kanan depan belakang, bukan budak budak baik je, budak taiko (macam aku), budak geng bas sekolah (paham paham je la) boleh kata hampir semua wirawati tulis macam tu. thats why la kot TKL takleh terima. lepas tu TKL asyik ulang je benda sama,
saya yang ada kuasa ubah jadual! dalam kem ni cuma ada dua orang je boleh ubah jadual latihan kamu. saya dengan komanden kem. kamu apa tahu pasal organisasi ni? kamu belum kerja lagi. kamu belum keluar lagi tengok dunia luar. ni ha ni. tengok! jadual kamu. *sambil angkat fail. kalau ikutkan jadual kerohanian kamu cuma rabu dan khamis malam je. malam lain waktu riadah kamu. kamu apa tau? curi masa ustaz konon.
kamu sayang ustaz? habis saya ni sapa nak sayang? saya yang jaga kamu. urusan latihan kamu saya yang uruskan. kalau apa apa jadi kat kamu sapa yang bertanggungjawab? saya yang bertanggungjawab. kamu ni hebat sangat ke?? yang sekolah sekolah agama ni, dah jamin masuk syurga? bla bla bla~~~
sori kalau ada skrip dia yang aku terkurang mahupun tertambah. aku takde niat pun nak menokok tambah cerita . serius, kalau korang ada kat situ sekali, korang pun sakit hati. dia asyik ulang benda yang sama. nak pertikaikan amanah dan tanggungjawab yang dia pikul atas kitorang. lagi satu, dia siapa nak judge iman orang? dia siapa nak tentukan layak atau tidak sesorang masuk syurga?
ya Allah. sabar je lah duhai hati.
dan lagi, aku tahu dia memang ada masalah dengan ustaz. but be profesional please?
lepastu TKL beritahu, wira kan baru habis latihan air, dorang penat, sebab tu kena berehat. esok malam (selasa) kamu pun mesti penat jugak kan. siapa taknak rehat esok? angkat tangan. jujur lah jujur. ikhlas. saya tak marah ni. sapa esok lepas latihan air dia tak kesah tak rehat. angkat tangan. nanti saya bagi kamu pelepasan . duduk lah kat surau tu . baca Quran solat sunat.
*cekeruk cekeruk (bunyik cengkerik)
heh. takde sorang pun wirawati yang angkat tangan. mungkin atas dua sebab.
satu: takut. dua:malas nak layan TKL.
satu: takut. dua:malas nak layan TKL.
aku ngan Rika kat belakang pun apa lagi. satu, dua, tiga!
KITORANG ANGKAT TANGAN SAMA SAMA.
fuhhh. berani lak aku ni eh. bukan niat aku nak mencabar beliau. aku cuma buat apa yang aku nak buat. aku tahu belum tentu esok aku cukup kuat nak menahan penat latihan air yang belum pernah aku buat. tapi entah kenapa, bila aku angkat tangan, aku rasa lega. aku rasa menang. aku rasa ringan dalam hati ni. aku rasa ALLAH BERSAMA AKU, SO AKU TAK PERLU RISAU. AKU TAK PERLU TAKUT.
~~~~~~~dah habis kena bebel. kitorang pun bersurai.
sabar. cerita belum habis lagi.
esoknya (selasa), kitorang wirawati pergi latihan air. yang mana kitorang dipenatkan dua kali ganda daripada wira semalam. wira semalam balik lambat, dekat kul 6 camtu baru balik. dorang ada main air dulu.
tapi wirawati tak. lepas latihan air, kitorang terus ready balik. bila sampai kem, kitorang solat asar.
bas aku sampai lewat sikit sebab kitorang singgah bank dulu cucuk duit. bila sampai, aku tengok wirawati yang basnya sampai awal tadi dah kena beratur pulak dekat padang p.ramlee. aduyaiii.. dugaan apakah ini?
then after solat, dorang yang dekat padang kawat tadi dah takde. aku masuk oztel jap, gi toilet. bila keluar, tengok ada wirawati yang dah kumpul dekat dewan makan. aku join la dorang ni. berpeluh peluh aku tengok. ingatkan kenapa. rupa-rupanya semua wirawati kena lari dua pusingan ikut trek kembara halangan. gila lahhh.
aku rasa dalam hati aku ni dah berbakul dah ayat-ayat jiwang (paham paham je la) untuk TKL Eeeeee. geram nyer aku! rasa nak aku picit picit je beliau ni waktu beliau masih bayi. geram yang teramat sangat.
memang tak fair aku tak kena sebab aku gi toilet tadi. tapi pointnyer sekarang, adilkah TKL lepaskan rasa marah beliau kat ustaz pada kami wirawati ni? atas alasan soal selidik kami berunsurkan hasutan dan tidak profesional? siapa yang tak profesional sekarang? hah?! cer citer cer citer. EGOIS. EMOSIONAL. TAK RASIONAL. TAK PROFESIONAL.
KEJAM DAN ZALIM.
dua words yang aku rasakan paling layak untuk aku gambarkan tindakan beliau menghukum wirawati sebegitu atas kesalahan yang tak salah pun sebenarnya. dah kata pun soal selidik kan?
SEUMUR HIDUP AKU, INI PERTAMA KALI SOAL SELIDIK DIBACA DI KHALAYAK RAMAI.
DAN SEUMUR HIDUP AKU, INI PERTAMA KALI SOAL SELIDIK DIPERTIKAIKAN.
DAN SEUMUR HIDUP AKU INI PERTAMA KALI SOAL SELIDIK DIBATALKAN DAN DIBUAT SEMULA.
buat semula? yup! so true. kami diuruh buat soal selidik yang baru atas alasan borang soal selidik kami dipengaruhi pihak lain dan berunsurkan hasutan. borang soal selidik kedua ni kami disuruh buat sejujurnya, ikhlas, jangan dipengaruhi orang lain. (DALAM HATI AKU MACAM. ISH. APA POINT DIA SEBENARNYA? NAK CAKAP SELAMA NI USTAZ HASUT KITORANG? )
Eeeeeee! korang faham tak cerita dia macam mana?
dan lagi korang boleh bayangkan lah borang soal selidik kedua macam mana kan? boleh kata hampir seluruh pelatih kosongkan je ruangan komen tu. tak termasuk aku lah.
aku yang begitu profesional(kot lah) dalam soal selidik pertama rasanya tidak begitu sabar dalam borang soal selidik kedua. DUSHH DUSHH DUSHHH!!
SETEPEK SETEPEK AKU TEMBAK TKL DALAM BORANG AKU.
padan muka beliau.
okay, the end. moral of the story,.
1)KALAU TAK BOLEH TERIMA PENDAPAT ORANG LAIN, JANGAN BUAT SOAL SELIDIK!
2)HIDUP NI KALAU TAK RETI MUHASABAH DIRI, MACAM MANA KITA NAK IMPROVE FOR BETTER?
3)KALAU PEMIMPIN BERSIKAP MACAM NI, PLEASE, ANDA TAK LAYAK MINTAK DIHORMATI.
4)SOAL SELIDIK PERTAMA TU LAH YANG JUJUR DARI KAMI, SOAL SELIDIK KEDUA TU LAH YANG ERUNSUR HASUTAN SEBENARNYAAA.
5)KADANG KADANG KITA TAK MINTAK PUN , TAPI ALLAH BAGI :)
p/s: PLEASE LAHH. USTAZ TAK PERNAH AJAR KITORANG BUKAN BUKAN. KITORANG BOLEH BEZA LA SAPA YANG LAYAK KITORANG RESPCT SAPA YANG TIDAK.
dan betullah , PLKN betul betul mengajar aku mengenal ragam manusia. mengenal realiti kehidupan.
.
#dear readers, i beg your forgiveness..saya sedikit emosional di dalam post ini.
Cerita ini cg akan bawa ke pihak atasan..bgs wirawati..cg ada bukti yg kukuh dh untuk menjawab segala persoalan yg ternugkai
BalasPadampersoalan apa yg terungkai cikgu? maaf kalau post saya ni membangkitkan sentimen permusuhan pada mana-mana pihak.. takde niat pun nak menyinggung sesiapa,. cuma satu perkongsian dari sudut pandangan saya sebagai salah seorang pelatih. supaya orang lain boleh ambik pengajaran.. :)
Padamkau carik kesalahan org lain eh dayu ? ish3 .. haha.. aku x phm apa kau tulis TKL , JL , JK la.. bagai .. tp menarik :D
BalasPadamkalau itu yang kau rasa,. terpulanglah. aku cuma cerita apa yang berlaku dari sudut pandangan aku. pengalaman aku. kalau salah, sori :)
Padam