jurnal wirawati negara :)


Okay sekarang nurul hidayu nak tulis pasal pengalaman beliau bergelar pelatih plkn di kem gambang, kuantan, Pahang. 

Malas lah nak tulis ni sebenarnya, tapi disebabkan memang dah berhajat, hidayu salin je lah, beberapa bahagian dari jurnal plkn nurul hidayu ni ye.


11 januari 2013  


jam 0550

Time nih roll-call subuh. Hahah. Baru first time isi jurnal aku pasal plkn ni padahal hari tu beria je nak tulis exactly from first day sampai lastday about every single thing happened kat plkn ni en. Tapi tengok sekarang dah masuk hari ke lapan baru tulis. Hoho. Sebab takde masa ke? Nope. Cumanya macam biasa ler. Mim alip lam sin. Hoho. Betullah perbelajaran cb semalam (10 januari 2013), kita paling selalu mungkiri janji yang kita buat untuk diri kita sendiri

Mari kita rumuskan apa yang berlaku sepanjang tempoh lapan hari ni.

Selasa hari tu start kawad kaki, rasa macam nak mati -_-‘

Rabu malam : ustaz pilih jadi ajk surau. Err -_-‘

Khamis malam : ustaz pilih jadi timbalan penghulu dakwah dalam organisasi ajk surau gak.

Kelas cb dah nak masuk 4 hari: overall sangat membosankan plus sepuluh kali ganda lagi meletihkan dari kawad kaki.

Kiosk: aku paling tak faham dengan business hour dye -_-‘

Rabu petang: riadah petang takde, so kitorang duduk duduk jer tengok hujan. Padahal banyak lagi benda boleh buat.

Khamis petang: senamrobik 


Jam 0855

Sedihhh giler nak mati 
Orang lain salah orang lain kena! Please lahh.

~~~aku mengharapkan catatanku tentang plkn ini (*ayat skema) penuh dengan pengalaman baru yang mengujakan, tapi setakat ni aku rasa fed up giler sampai tak sabar sangat nak balik!!! Padahal aku bukan jenis orang yang tak sabar nak balik. Isk, aku bukan macam ni!!

Okay meh aku cerita sikit kenapa aku tulis macam ni. Time ni aku geram sangat sampai menitis air mata. Hoho. Eh serius kot, kalau korang kenal aku korang akan tahu aku ni jenis yang takut buat masalah disiplin, dan walaupun aku ni kelang kabut sikit, tapi aku akan pastikan aku tak pernah lewat. So cik nurul hidayu yang baik ni rasa geram dan sedih sangat bilamana beliau kena denda sekali bila ada wirawati atau wira yang lewat. Faham tak sistem dia? Sorang buat semua kena.  Kenapa semua kena? Yelah, walau pun orang yang tak buat salah tu dia tak buat salah, tapi kenapa dia tak ajak orang yang buat salah tu supaya jangan buat salah? Hahah. Faham kan? Dia macam amar makruf nahi mungkar la kalau aku buat kesimpulan positif sendiri. Papepun aku tetap bengang dan sedih sebab aku kena denda atas sesuatu yang bukan salah aku. Kan? >.<

*WHOOAAAA!! BESTNYA KELAS CB!!!! 
Premis 1            : dipaksa rasa macam ni.
Premis 2            : memilih untuk rasa macam ni.
Conclusion          : dipaksa untuk memilih untuk rasa macam ni.

Hah! Meh sini kawan kawan! Saya nak cerita sikit pasal kelas Character Building a.k.a kelas CB. Overall saya boleh cakap kelas cb ni sangat membosankan. Kelas dia macam kelas tadika Cuma bezanya kelas tadika seribu kali ganda lagi best rasanya. Banyak benda yang aku tak suka pasal kelas ni. First pasal kena buat pemetaan visual. Ntah pape ntah. Membazir ink je kaler magic tu. Isk . dah la tiap tiap pagi lak tu kena buat menda sama. Bosan! Lagi aku tak suka pasal kelas cb ni pasal dia suka sangat suruh amik buku anda dalam kotak kumpulan. Bukak buku. Tulis sikit. Tutup buku. Simpan semula buku anda dalam kotak kumpulan. Sila hantar kotak kumpulan anda ke belakang. Lepas tu tengok video plkn yang lagi teruk dari sketsa kanak kanak. Lepas tu sila ambil kotak kumpulan anda. Ambil buku. Bukak. Tulis. Tutup. Simpan buku. LEPAS TU ULANG LAGI BUAT MENDA SAMA SAMPAI SERIBU KALI. Korang boleh bayang tak everyday kena buat benda sama sampai seribu kali? Setiap hari pulak tu!!!! Errghhhh!!!!! Boleh sakit jiwa aku dibuatnya. Dan lagi benda yang kena buat sampai seribu kali dalam kelas cb. Dia suruh pusing depan. Lepas tu pusing belakang. Lepas tu pusing depan. Lepas tu pusing belakang lagi. ULANG LAHHH LAGI SAMPAI SERIBU KALI!!!!!!!   Tu je lah. Bendanya. Takde apa pun sebenarnya pasal kelas cb ni. Aku Cuma tak suka dia sebab dia takde apa pun. Sebab dia buang masa aku banyak padahal banyak lagi benda berfaedah aku boleh buat. Nak kata bina karakter sangat pun takde la berkesan sangat rasanya sebab budak2 kat sini sama je perangai dia. Lagi satu aku tak suka pasal benda ni sebab cikgu cikgu dia mengajar pakai skrip yang dah diberi jlkn. Boleh bayang tak? Boleh bayang tak cikgu kat kelas mengajar sambil baca skrip? Eeee. Please lahhhh.


Jam 1200

Yess!! Dah habis! Nasib baik hari ini kelas cb tidak  mematibosankan saya.



15 januari 2013


Jam 1200

They always said everything is interesting but eventually it turns to be really suck!


Jam 1520

why??!! I feel sick having to move around again and again fooling myself!


Jam 1540

Apabila hukum Allah hanya tertakluk pada sekolah agama!! Dan boleh kata every single muslimah dalam kelas cb ni come and stay with me. Alhamdulillah Ya Allah. And please. Let me be strong, for your deen..


 GAME REBAH. Anda masih ingat game ni? Yang mana kami semua disuruh membuka stoking atas dasar keselamatan. Okay fine lahhh. Tapi kalau kami taknak bukak atas dasar prinsip dan pegangan kami tentang aurat, tak perlu rasanya untuk cikgu mempersenda dan memperlekehkan kami kan?!!


Tambahan: and yeah! Thanx sebab bagi saya the most valuable lesson for today. That whatever happened, stick to your principle. And! Respect others choice and decision. Otherwise, you will look much stupid than you really are.

p/s:  thanx for everything. DAN terima kasih juga sebab awak dah tambahkan kebencian dan kejelikan saya pada PLKN.

Monolog dalaman untuk cikgu A:  Dear cikgu A, saya tak sangka yang hari ini saya akan hilang hormat saya pada awak. Sekurang-kurangnya kalau awak tak boleh benarkan kami serta, tak perlu rasanya memperlekeh dan memperbodohkan kami. Sebab, bila awak mempersenda keputusan dan pendirian kami, maka takdelah bezanya awak memperlekahkan hukum Allah. Awak Islam kan??? Sepatutnya awak lebih tahu yang berpegang pada prinsip sangat penting dalam pembinaan karakter. Takdelah awak memperbodohkan diri sendiri. Tak betul apa saya cakap ni? Ha??

hoho. emo betul time tulis diari ni waktu tu :)



17 januari 2013 khamis


Jam 1500

Sekarang tengah ceramah Pertolongan Cemas. Tadi pagi sebelum roll-call masuk kelas cb, jam jatuh. Omooo~~ saya sangat sedih. Patah kot. Dah la ibu bagi.

Percaya tak, sampai saat ini, dah habis plkn dah pun, aku belum bagitau ibu lagi pasal jam ni. Hoho.



29 januari 2013


Jam 1600

Malam semalam meeting AJK surau lagi.. kesian NA (bukan nama sebenar), walaupun dia banyak buat benda tak patut dan kadang-kadang aku pun geram dengan dia, tapi aku tahu, kalau aku berada di tempat dia, aku pun takkan kuat.. so, apapun, benda dah jadi. Aku tau aku kena tolong dia, bagi semangat kat dia.. 

p/s: ustaz lantik aku jadi timbalan penghulu surau, ganti NA. 


okayh, cerita sikit pasal NA (bukan nama sebenar)

mula-mula aku kenal NA, aku tau dia sekolah ***** . Mesti pernah dengar kan? Dia ni kira hot jugak lah kat kem sebab dia ekstrovert. Macam aku. Tapi bezanya aku segan lagi bila mula-mula masuk kem. Tapi NA tidak. Hoho. Aku boleh kata dia ni gaya pelajar cemerlang jugak sebab aku rapat dengan dia bila kitorang mula mula masuk kelas cb sama group dengan dia. 

Aku tak tahu macam mana semua ni berubah 180 darjah.

Pokoknya point aku nak citer kat sini, NA membuatkan ramai orang geram dengan dia,  Bila semua orang geram dengan NA, NA pun mula geram dengan semua orang. Masalah mula timbul bila orang semua bengang dengan NA dan NA yang bengang dengan orang orang yang bengang dengan dia ni pun mula membuatkan orang lagi bengang dengan dia bila dia lepaskan rasa bengang dia tu. Faham ke? Hoho. 

Okay okay, kejap, aku clearkan sikit masalah kita ni okay? NA ada masalah keluarga yang parah sebenarnya. Dan sejujurnya pada pandangan aku dia jadi tertekan macam ni sebab dia tak pasti nak luah kat siapa dan dia pendam dan simpan masalah dia sorang sorang sambil dia cuba tunjukkan diri dia yang ceria depan kitorang.  Serius aku cakap, aku kesian kat dia sebab perlahan perlahan orang ramai taknak dekat dengan dia.  Masalah makin rumit bila  orang ramai jauhkan diri dari dia, pulaukan dia. Nak salahkan orang lain takboleh jugak sebab NA selalu marah diorang terutamanya wirawati kompani bravo dan buatkan dorang rasa better dorang cuba jauhkan diri supaya tak gaduh.

 Cane aku nak cakap eh?  yang terakhir, cikgu-cikgu hantar dia buat pemeriksaan kesihatan.  Okay, dah sampai part yang aku sedih sangat. NA kena tahan wad orang yang ada hypertension. Atau senang bagi korang faham, wad orang dekat nak gila.  Korang boleh bayangkan tak perasaan aku? Aku rasa sedih sangat, dan aku rasa mnyesal sangat sebab tak cuba bimbing dia, tolong dia betul-betul. Kalau aku cuba sabar sikit je lagi dengan perangai dia, sekurang-kurangnya aku still boleh cuba dekat dengan dia dan tolong dia kan? 

Sekurangkurangnya dia tak tertekan sangat dan sekurang-kurangnya dia masih ada seseorang dengan dia. Ya, kadang kadang aku rasa geram dengan dia, tapi dia ada masalah kan? Sepatutnya aku yang masih belum diuji ni boleh berfikir lebih rasional dalam menangani dia. Kan? Serius aku rasa bersalah sangat. Lagi bersalah bila aku tahu dia takkan balik kem dah. Lagi bersalah bila aku dah tak dapat jumpa dia, mintak maaf dan luahkan apa yang aku rasa ni. Dan aku lagi sedih bila aku kenangkan balik apa yang pernah berlaku sepanjang aku dan dia. Okay NA, trust me, aku anggap kau kawan dan percayalah, kau akan terus jadi kawan aku, In Shaa Allah  aku doakan agar kau gembira dan bahagia dan terus tabah dan sabar walau macammana pun Allah uji kau. Aku mungkin takkan setabah kau kalau aku di tempat kau. Tapi aku tahu, Allah takkan uji kau dengan benda yang kau tak mampu kan? Dan atas sebab itu aku harap kau terus kuat, dan aku harap kau kembali menjadi NA yang aku kenal, yang ceria, yang happy, Cuma be moderate sikit je lagi. Okay kawan ?  trust me, aku sayang kau. Dan aku rindu nak dengar kau cakap kat aku ayat ni, “uhibbuki fillah jiddan jiddan .”
\

Multiskill :Malam Ke Bintang   (tak ingat lah date dia)

Jeng jeng jeng!! Yeahhh! Kelas cb dah habis!! Best betul. Malam ni kena buat persembahan ikut kelas. Kelas aku ataupun lebih dikenali sebagai kelas cb1 buat sketsa muzikal dan persembahan bakat. Aku ambik part dalam sketsa muzikal as a narrator, wuhhuu..bukan narrator biasa ye adik-adik. Kaklong ni jadik nenek kebayan. Hoho. Nasiblah nenek kebayan ni kelubung kepala dia pakai kain batik. So orang tak cam nenek kebayan ni sapa sebenarnya. Dah empat lima hari baru ada kawan yang perasan siapa gerangan nenek kebayan ni. Hoho. Apapun kira okay lah, kitorang puas hati dengan persembahan kitorang walaupun satu pun tak menang. 

Lepas habis modul cb, ada PKRS. Amenda pulak menatang PKRS ni ya? PKRS tu Pendidikan Kesihatan Reproduktif Sosial. Dia lebih kurang macam pendidikan seks lah kot. Pasal bahaya seks bebas dan sebagainya. Tapi actually aku rasa tak perlu pun modul ni, ntah, bukan tak perlu macam mana, Cuma pendekatan dia untuk mencapai objektif tu aku rasa tak berkesan pun.



3 Februari 2013

1M4U di Teluk Cempedak

Ni benda pasal my beautiful Malaysia punya program tu la. Kitorang pergi TC untuk aktiviti pembersihan pantai. Pastu nyanyi lagu 1M4U dengan gaya gaya dia sekali. Pagi tu start dengan senamrobik dulu. Lepas tu baru 1M4U. Lepas pembersihan pantai, kitorang main tangkap2 gambar. Hoho. Part ni je la yang best pun. Lepas tu kena kumpul balik. Tengok video live DS najib buat ucapan. Tengah tengah tengok tu tiba tiba hujan lebat plus ribut taufan . sampai ada khemah terbang kot. Subhanallah. Habis tengah tengah hujan lebat tu kitorang yang tadinya berpusu lari masuk bawak khemah terus lari masuk bawah bumbung mc’d. Hehe. Dah la cikgu tak kasi kitorang masuk beli mc’d. Dapat amik bau je lah pun. Lama lah gak tunggu hujan berhenti. Kesian betul kitorang yang fon touchscreen ni. Habis demam demam fon kitorang tau, kena air hujan.



4 februari 2013


Fizikal : jam 0845 : pengenalan elemen tali tinggi

Serius mengantuk dengar ceramah lagi. Nasib baik beg rebook aku ni banyak stok. :p


Multiskill : jam 1145 : Pengenalan Program Sastera dan Budaya (PPSB) “Kami Suara Warisan Bangsa”

Lepas habis PKRS, kelas cb dibubarkan. Semua pelatih ditempatkan mengikut kompeni pulak untuk ready buat persembahan waktu malam citra puisi nanti. Masa yang diberi Cuma dua hari sahaja  dan saya in charge sebagai assistant director untuk persembahan ni. Kompeni kitorang dapat nazam untuk puisi tradisional. Nasib baiklah kitorang ada suara Hafizi. Alhamdulillah dapat lah gak nombor 3 waktu malam citra puisi ni 

p/s: malam ke bintang hari tu pun aku hilang suara. Malam citra puisi ni pun aku hilang suara. Setiap kali aku perlu suara untuk buat persembahan, mesti aku hilang suara. Kat sekolah dulu pun sama, setiap kali ada match debat atau pantun time tu jugaklah aku mesti hilang suara. Haih, nasib badan..



26 februari 2013

Hari ini kompani ALPHA DAN BRAVO pergi menembak!!! Huhu. First time aku pegang M16 kot. Tapi tak berapa feeling la time menembak tu. Sebabnya, mata aku rasa macam masuk habuk habuk kelongsong peluru orang sebelah kiri aku ni hah. Dah la panas. Haba dia terasa rasa kat muka aku ni. Hahah. Patu peluru dia tak habis habis. Aku pun daripada nak menghayati saat saat menembak tu pun jadi tak sabar tunggu peluru tak habis habis. Banyak sangat. Aku pun apa lagi . tembak la laju laju. Bagi peluru cepat habis. Hahahah. Sengal punya aku.



13 Mac 2013. Jam 1600

sengal betul aku ni update status kat diari sendiri selang sebulan. Takpe takpe, salin diari dulu baru buat ulasan terkini okeh?

Oh yeah!!! Macam-macam benda dah berlaku.. tapi satu pun aku tak tulis kan?? Ye ye oh je nak tulis every single thing happened kat plkn nih..

Ntahlah. Malas kot. Papepon, just nak story, selasa(5 Mac 2013) minggu lepas gi latihan air kat kolam renang indah sempurna sampai petang. Malam before tu(4 Mac 2013) ada soal selidik PLKN yang mana TKL (Timbalan Komanden Latihan) tak puas hati dengan borang soal selidik wirawati lalu dengan kejamnya mendera kitorang lari dua pusingan ikut trek kembara halangan sebaik sahaja kitorang sampai dari balik dari latihan air. Then, malam tu kitorang kena buat borang soal selidik lagi sekali.

Pastu khamis malam jumaat(7 Mac 2013) tibalah masanya pertandingan nasyid yang ditunggu tunggu. Alhamdulillah kumpulan Imam Ahmad bin Hanbal dari kompani ALPHA johan tanpa disangka-sangka. Esoknya, yakni hari jumaat(8 Mac 2013) pertandingan kembara halangan dan kawad kaki. Kembara halangan ALPHA dapat nombor tiga je. Tapi Kawad Kaki ALHAMDULILLAH ALPHA JOHAN untuk semua wira dan wirawati. Ketua platun pun ALPHA dapat terbaik untuk wira dan wirawati.

Then, rest. Isnin (11 Mac 2013) masuk hutan. Wirajaya. Huhu. Penat betul. Naik bukit turun bukit. Dah selesai redah hutan, kitorang masak nasik pakai mistin. Kalau tak silaplah nama periuk tu mistin. Ke mastin ntah. Lauk chartgreen yang sediakan. Dah makan balik dorm lah, bukak baju seluar semua. Jeng jeng jeng!! Hahahahah. Ada tiga pacat kat kaki kiri aku. Tadi time dalam hutan ada seekor kat dahi, tapi tak sempat gigit lagi aku dah mintak member buangkan. Patu ada gak cubaan tiga ekor pacat nak masuk seluar kaki kanan, tapi tak Berjaya sebab dah dibuang sebelum sempat dia menyelinap dalam seluar aku. 

Habis tu, petang, kitorang buat khemah. Punya lah lama kitorang ni terhegeh hegeh. Sebelum tu biar aku jelaskan dulu. Khemah kitorang bukan khemah segera yang biasa korang buat tu eh. Kitorang buat khemah pakai kayu hutan.hoho. patu pakai apa nama benda kain tu eh. Ntah tak ingat lahh.  Lepas tu malam sebelum tidur kitorang kena kumpul dekat padang kawad, kisah perjuangan pahlawan Negara. Pasal Lahad Datu. Kitorang dengar sambil melihat bintang. SERIUS SEUMUR HIDUP AKU INI LANGIT PALING CANTIK YANG PERNAH AKU LIHAT SECARA LIVE. BINTANG BINTANG DIA.. SUBHANALLAH. MEMANG CANTIK SANGAT SANGAT. 

Yang penting malam tu tidur khemah la. Sejuk giler nak mati kut. Khemah aku ada 6 orang termasuk aku. Semua tidur tak bukak spike boot. Aku dengan kak farah je yang tidur bukak spike boot. Tu yang sejuk sangat kot. Dah la sakit tekak plus selsema plus sakit kepala. Hoho. Dah tu pukul tiga pagi fatin nabilah aka ketua kompani aku kejut satu khemah kitorang untuk duty jaga malam. Satu jam jugaklah kena jadi guard . sebabnya kena jaga supaya bendera kitorang tak kena curi dengan JL. Hoho. Dah pukul 4 pagi baru tukar shif dengan khemah lain. Sambung lah tidur. Jeng jeng jeng. Dah selasa dah. Kitorang pulang barang-barang wirajaya kat logistic petang tu.

Rabu, ingat boleh rehat. Sekali ada ceramah. Tiga ceramah pulak tu. Sebab hari ni hari sukarelawan Negara. Kesian JPA, aku tidur. Sepatah haram pun aku tak dengar pakcik Chan ni bebel apa.

Eh, sebelum terlupa, malam tadi (12 Mac 2013) jamuan AJK Surau. Lepas tu terus sambung paginya qiamullail perdana. 

serius, best giler jamuan AJK SURAU!!! walaupun sebelum tu kitorang kena tazkirah sekejap sebab bukak hamper awal sangat . hoho.

Okay dah! Aktiviti menyalin diari aka jurnal PLKN aku beserta ulasan dia dah berakhir. Yang tulisan merah ni aku tulis sekarang tau. Kat atas tu yang tulisan kuning maknanya aku salin dari jurnal PLKN aku. Okeh?



ALPHA KUMPULAN 1 SIRI 10/2013 KEM PLKN GAMBANG.

Baiklah , sekarang cik nurul hidayu nak story pasal kompani dia iaitu kompani ALPHA. Mula mula dengar sebut kompani dalam hati aku pun cakap. What? Kompani? Asal kompani? Macam pelik je. Sampai sekarang pun soalan tu masih belum terjawab. Cuma rupanya kat kem plkn lain pun macam tu. Ktorang yang TUDM handle ni memang dia sebut kumpulan tu sebagai kompani dan setiap kem ada 4 kompani iaitu kompani ALPHA, BRAVO, CHARLIE dan DELTA. Aku kompani ALPHA. Warna merah. Waktu perbincangan untuk KKJ (Kontrak Kita Janji) kitorang sepakat nama untuk kompani ALPHA  ialah Sinergi PEMATUH. PEMATUH tu pulak akronim untuk Pendekar Mawar Utuh. Sebab logo bendera kompani kitorang gambar bunga mawar. Kalau ikut kan siri siri sebelum ni bendera pakai gambar binatang. Tapi kitorang ni cikgu buat kelainan. Cikgu nak gambar bunga. Mula mula dengar bendera kena gambar bunga kitorang pun macam, APA? BUNGA? ISK, BURUK LAHH. MACAM MANA NAK BAGI SMART? Heheh. Percaya atau tidak, bendera kompani kitorang la yang paling smart sekali. Hoho.

Meh aku nak cerita pasal waktu KKJ. Time tu aku jadik MC untuk kompani ALPHA tahu? Hoho. Aku buat la pakai ayat presiden soekarno pernah berkata tu. Alaa, yang biasa aku pakai time debat tu.  So dia Nampak macam gempak la en. Nak dijadikan cerita, ada sorang JL tu, cikgu saiful lah kitorang panggil dia. Aku rasa start KKJ ni la dia sedikit impressed kot dengan aku. Cet. Perasan. Papelah. . lepas  tu dia panggil aku mastermind dia. Dia suruh aku jadik ketua wirawati. Jangan harap lah aku nak. Aku dah la awal awal lagi dah berazam kat plkn ni aku tak nak pegang apa apa jawatan pun. Aku taknak ekstrovert macam kat sekolah. Aku nak duduk diam diam je. Jadi orang yang dipimpin bukan pemimpin. Hoho. Aku bagi lah alasan kat cikgu saiful, saya takleh la cikgu, saya tak reti kawat. Cikgu pun balas. Tak payah reti. Jadi ketua wirawati bukan susah. Bagi command je. Aku bagi alasan lagi, taknak lah cikgu, tanggungjawab berat. Cikgu cakap, apa yang beratnya, kau melapor je kat depan. Tu je kejenya. Hahahah.

Taknak taknak taknak. Itulah kesudahan dia. Pastu umairah yang dilantik jadi ketua wirawati. Boleh la. Dia pun bagus apa. Hehe. Tapi tu lah, time balik cuti hari tu abang awin cerita dia jadi ketua kompani dulu. Orang lain bawak balik satu sijil, yang ada pangkat dapat dua sijil. Tetiba aku rasa jeles dan menyesal. Hahah. Terukkan aku ni? Tapi takpelah, mungkin Allah dah janjikan aku sesuatu yang lebih baik.

Eh jap. Tadi kata nak story pasal company kan? Hahah. Meh sini aku cerita sikit. Kompani kitorang ni boleh kata gempak lah juga waktu mula mula dia. Tapi masalah kompani kitorang ni tang wira. Takde disiplin. Takde kerjasama. Selalu lewat. Terutama L1 . hahah. Sori lah korang. Tetiber kena mention kat sini. Boleh kata kompani kitorang memang kena point la sebagai kompani bermasalah. Sampai wirawati ALPHA pun kena tempias sama bila wira ALPHA buat masalah. Dah lah kawad pon tunggang langgang. Sedih tau tak dapat kompani macam ni. Hahah. Sedih la sangat. Apapun kitorang tak terus mengalah tau. Kitorang amik segala kejian dan hinaan yang dilemparkan kepada kitorang tu sebagai motivasi untuk kitorang terus bangkit. Eceh. Ayat takleh bla. Eh tapi betul la. Untuk modul kerohanian pun sama.  Ustaz sifardin dah berapa kali dah Tanya mana kerjasama kitorang dalam kumpulan Imam Ahmad bin Hanbal. Nasyid kitorang lah yang paling down sekali. Yang paling selalu kena pumping pun kitorang lah tu. Hahah. Rasanya kalau ustaz jadi buat saringan terakhir nasyid tu kitorang memang tipis lah harapan untuk lepas.

Tapi meh sini aku cerita part yang bestnya kat mana. Part yang bestnya sebab kitorang ada beberapa leader yang sabar dengan kitorang ni. Yang selalu jumpa anak anak buah dan bagi semangat supaya kita sama sama bagi komitmen dan buktikan ALPHA adalah terbaik!! Hahah. Aku yang geram kitorang takde lagu kompani buat pembakar semangat pun apa lagi, cilok lah lagu kawad kat skolah aku.

YAKINKAN DIRI DENGAN SEMANGAT
HADAPI LAWAN ALPHA TERHEBAT
TERUS MAJU BERUSAHA
 YAKINKAN DIRI PASTI BERJAYA
WE ARE , WE ARE, ALPHA! ALPHA!

Pastu mira sambung:     

Cuak tak cuak?!! ALPHA ALPHA ALPHA!

Gentar tak gentar?!! ALPHA ALPHA ALPHA!
Takut tak takut?!! ALPHA ALPHA ALPHA!!

Oh Alpha! Oh oh Alpha Alpha! 
 Oh Alpha! Oh oh Alpha Alpha!
WHOOAAAAHHH!!!!

.. dengan semangat semangat yang ada kami kutip menjadi setinggi langit.
Buat kami buktikan pada semua ALPHA juara! 
Hahah. Lagi sekali aku buat ayat takleh bla aku.
Eh tak percaya ke? Aku lagilah tak percaya.

Lagi lagi pasal nasyid. Kalau korang tengok kerjasama kumpulan imam ahmad bin hanbal ni, kirim salam je la nak menang. Dah lah tiap kali latihan budak budak mesti lambat. Lagi lagi wira. Haih. Aku rasa nak blender blender je budak budak ni. Kalau berani la. Heheh.  Lepas tu time malam pertandingan nasyid tu kan aku duduk sebelah ustazah che lawiah as assistant dia. Ustazah bukan juri pun, ustazah kira markah je.
Aku yang duduk sebelah ustazah ni lagi lah terkejut orang utan tau tak bila markah imam ahmad paling tinggi. Aku ingatkan imam hanafi paling tinngi. Takpe lah. Rezeki kitorang agaknya. Imam hanafi dapat nombor dua. Kira tak sia sia lah kitorang pakai baju merah ramai ramai malam tu. Habis terserlah kecunnan aku tau tak. Haih. Sedih betul. Hahah. Balik tu aku suruh dorang buat sujud syukur. Kalau nak tinggal solat lagi tu memang kufur nikmat sangat lah namanya.

Pelatih terbaik wira untuk modul kerohanian jatuh pada Ismail. Kumpulan Imam Hanafi.
Pelatih terbaik wirawati untuk modul kerohanian jatuh pada Hidayu. Kumpulan Imam Ahmad.
Pelatih misali jatuh pada Akmal Arif. Kumpulan Imam Ahmad.

Tu time nasyid tu. Belum cerita lagi pasal kawad kaki. Dup dap dup dap betul time tunggu umum keputusan tu. Alhamdulillah johan semua. Wira johan kawad kaki. Wirawati pun johan kawad kaki. Ketua platun terbaik pun ALPHA jugak untuk wira dan wirawati. Boleh bayang tak betapa happy nya aku? Dah lah first time masuk kawad. Dapat johan lak tu. Rasa macam nak lompat tinggi tinggi je kat padang kawad tu. Hehe. Cuma kembara halangan je kitorang dapat nombor tiga untuk wira dan untuk wirawati.
Then tibalah masa untuk perbarisan akhir dan majlis penutup kumpulan 1 siri 10 2013.


Dengan sukacitanya aku mendengar ALPHA diumumkan sebagai KOMPANI TERBAIK bagi kumpulan 1 siri 10 2013.

. bangga tak bangga tak? Hahah. Mestilah. Dah lah selama ni kitorang kena cop teruk. Macam macam lah. Memang aku tak nafikan pun yang kitorang ni teruk. Lagi aku takpuas hati pasal orang yang suka tinggal tinggal solat ni. Tetibe je eh. Hah ye lahh!!!  Macam mana nak berjaya kalau solat pun tak jaga? Ni Allah dah bagi menang ni aku harap sangat semua kitorang hargai sebagai satu nikmat. Dan rahmat. Bukan istidraj.

Dah. Tu je lah aku nak cerita pasal kompani kitorang ni. Boleh lah. Takde teruk sangat. Masih ada manisnya untuk dikenang 

Eh cop! Sebelum terlupa, aku nak story sikit pasal ketua kompani kitorang ni, nama dia Fatin Nabilah. Katil dia sebelah aku je. Beliau ni dari SBPI Gombak. Hoho. INTERGOMB tuh. Cuak tak cuak tak? Heheh. Biasa jer. Tapi apapun aku salute lah kat fatin ni sebab berjaya menjadi ketua kompani yang baik untuk kitorang walaupun aku selalu sesak nafas dengan dia ni sebab kadang-kadang over sangat, itu tak boleh ini tak boleh. Padahal kompani lain chill je. Hahah. Tapi sebab fatin macam ni lah kita dapat kompani terbaik kan kan? . Walaupun aku selalu lah gak sakit hati dan kecik hati dengan dia, tapi takpelah, ketersinggunggang aku tu aku simpan je lah buat pekasam ye, sebab di penghujung plkn ni aku rasa fatin dah cukup baik buat aku. Terima kasih sebab jaga kitorang ye fatin . Aku doakan kau semoga dirahmati Allah dan berbahagia andai Allah takdirkan MR.K tu jodoh kau. Eh tetiba je eh. Hahah. Pape la. Yang penting nanti kawin jangan lupa jemput.



AJK SURAU KUMPULAN 1 SIRI 10/2013 KEM PLKN GAMBANG.

Sekarang saya nak cerita pasal AJK surau lah pulak kat awak awak semua ni ya. Minggu first saya kat kem ni, saya telah dilantik secara rasminya sebagai AJK surau oleh Ustaz Sifardin. Saya memang taknak sangat sangat lah sebab saya dah berazam awal awal lagi sebelum masuk plkn yang saya takkan pegang apa apa jawatan kat plkn ni. Langsung. Sebab saya nak berehat dari tanggungjawab pemimpin tu sekejap. Tapi entah kenapa, hati saya tergerak jugak untuk pegang AJK surau ni. Sebab saya rasa ada tanggungjawab saya yang sekolah agama ni untuk tolong kawan kawan yang kurang tahu pasal agama ni. Sekurang kurangnya lebih mudah saya dakwah bila saya ada kuasa. Kan?

Hehe. Ayat takleh bla lagi. Tapi betul la. Time tu aku tersedar pasal tanggungjawab ni bila ada sorang member tu dengan bangganya story kat aku yang dia malas nak solat. Padahal dah atas surau dah tu. Haih. Sabar je lah. Sebelum terlupa, budak budak kat kem ni ramai suka panggil aku ustazah tahu. Sebab aku pakai tudung besar sikit. Dan aku boleh public speaking kat depan tazkirah sikit sikit. Macam tu lah kot. Mula mula rasa geram jugak bila orang panggil macam tu. Yelah, asal tudung besar je ustazah ke? Tu kan Allah yang suruh. Semua wanita Islam memang wajib pakai tudung menutupi dada kan? Habis tu sepatutnya semua lah ustazah? Hoho. Nak marah buat apanya cik hidayu? Bukannya gelaran buruk pun yang diorang bagi kat awak tu. Kan boleh jadi satu doa yang baik jugak.

Apapun title tu menyebabkan budak-budak lelaki kat sini tak berani sangat kacau aku. Paling –paling teruk pun diorang berani kacau dorang cakap macam ni ,”ASSALAMUALAIKUM USTAZAH!!!” 

hahah. Macam macam lah diorang ni. Apapun title ustazah tu jugak menyebabkan ramai kawan-kawan selalu rujuk aku kalau taktau pasal solat ke, pasal ibadah, pasal hukum. Aku ni takde lah pandai sangat. Sikit sikit bolehlah. Yang mana aku tahu aku bantu. Yang mana aku tak tahu aku suruh rujuk ustaz atau ustazah. Yang diorang ni pun satu lah. Penyegan sangat. Nak tuntut ilmu pun malu. Biasalah tu kita tak tahu. Ilmu Allah tu kan luas. Sampai mati pun kita masih akan ada sesuatu yang kita tak tahu. Kan kan?

Eh, tadi cerita pasal AJK surau kan. Okeh sambung story. Sejujurnya, tempat paling aku suka kat kem ni nombor satu jatuh kat surau lah. Sebab sejuk sangat kat surau ni. Rasa tenang je. Nombor dua jatuh kat dorm lah apa lagi. Sebab ada katil tempat aku nak landing landing. Nombor tiga jatuh kat bilik meeting walaupun tak selalu masuk. Sebab ada air-cond. Hoho. Tak senonoh betul aku ni.

Dan sejujurnya aku tak rasa menyesal dan sedih dah sebab Allah campakkan aku kat kem PLKN gambang ni. Sebab tak banyak, sikit pun jadilah aku merasa bi’ah solehah kat sini. Aku bersyukur sangat dengan tarbiyah yang ada kat sini. Walaupun pelatih lain mungkin kata Ustaz Sifardin garang, tapi cukuplah aku merasakan beliau makhluk paling berjasa pada aku kat kem ni. Memanglah aku tak nafikan aku paling tak suka bila ustaz denda kitorang pumping . tapi kalau tak buat macam tu makin naik kepala budak budak ni kan? Haha.

Dan sejujurnya aku rasa paling hepi dan paling gembira bila bersama AJK SURAU . aku rasa macam kat sekolah. Tak kesah la bila kitorang buat apa pun. Kemas surau, mesyuarat, latihan nasyid, jamuan. Semua best! Takde yang tak best!  Aku rasa bahagia sangat dalam bi’ah ni. Nak kata strict sangat pun tak. Semua gila gila. Masuk air macam aku. Hahah. Ke situ pulak perginya ya? Ye lah, betullah. Aku rasa paling seronok kawan dengan AJK surau lah. Tak kira lah wira ke wirawati.  Benda yang paling akan aku rindu pasal kem gambang ni ialah AJK surau dia. Dan Ustaz Sifardin. Dan Ustazah Che Lawiyah,.

Daripada timbalan penghulu dakwah aku naik jadi penghuluwati surau, then tetiba pulak aku dapat wirawati terbaik untuk modul kerohanian. Aku masih merasakan yang aku ni sangatlah tidak layak untuk apapun. Sama jugak macam kat sekolah tahun lepas. Aku dapat anugerah pelajar solehah tu. Lagi lah aku rasa tak layak. Tapi mungkin kat situ Allah nak bagi satu pengajaran kat cik ayu ni supaya lebih berusaha menjadi lebih baik. Kan kan?

Apapun aku nak mintak maaf lah kat semua AJK surau andai sepanjang mengenali korang aku ada tersinggungkan hati dan perasaan korang, time mesyuarat aku ada main-main ke, ada teremosi ke apa ke, sori lah ye. terima kasih ye korang sebab sudi jadi kawan aku. Apapun aku nak korang tahu yang aku bersyukur sangat Allah takdirkan aku bersama korang sepanjang kat kem. Kalau orang cakap PLKN tu Pintu Laluan Ke Neraka, aku boleh cakap itu salah pun sebab modul kerohanian yang ada, dan itu salah sebab Ustaz Sifardin jaga kita, dan itu salah, sebab aku ada kawan kawan macam geng surau aku ni kan? Yang tolong pasang in-song tiap –tiap lima waktu solat. Thanx lahh sebab sudi hadir sebagai warna-warna indah dalam hidup aku! >.<

sayang korang!!!




















PERISTIWA SOAL SELIDIK
Tak penting pun benda ni. Tapi aku tak kira, aku nak cerita jugak!!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu