sekalung penghargaan :)

Alhamdulillah, result SPM dah keluar pada hari KHAMIS bersamaan 21 MAC 2013.. dan keputusan aku agak menggembirakan. walaupun impi dan mimpi aku ialah angka dan simbol 11A+, tapi alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi sebab Allah tahu apa yang terbaik kan?

sekalung penghargaan :)

Alhamdulillah ya Allah, atas nikmat yang kau berikan, semoga ujian ini rahmat, bukan istidraj atas ku :)

Terima kasih ibu ayah atas sokongan dan pengorbanan yang dicurahkan, terima kasih kepada atuk opah pakcik makcik dan semua ahli keluarga, 
terima kasih tak terhingga kepada semua cikgu yang telah sabar mengajar dan mendidik saya tanpa jemu, semua cikgu SAMTTAJ , SRAI 19, jasa kalian takkan saya lupakan,.
dan tak lupa juga kepada semua cikgu tadika pink strawberry dan tadika PASTI yang telah mengajar saya tulis baca dan mengenal ilmu, .
Terima kasih juga kepada kawan- kawan yang juga secara tidak langsung menjadi guru saya, sabar melayan kerenah dan pertanyaan saya,
Terima kasih kepada sahabat- sahabat seperjuangan batch95 yang bersama sama saya, stay up study kadang sampai tak tido malam,
Terima kasih juga kepada kakak kakak dan abang senior yang banyak memberi motivasi dan kata kata semangat kepada saya,.
Terima kasih kepada semua, atas doa dan sokongan kalian..


Spm bukan segalanya kerana perjalanan sebenar 

baru bermula, doakan saya kuat :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu