Kisah Abu Yazid Al-Bistami dan seekor anjing

Abu Yazid Thoifur bin Isa bin Surusyan al-Busthami, lahir sekitar tahun 200H (813M) di Bustham terletak di bahagian timur Laut Parsi. Meninggal di Bustham pada tahun 261 H/874 M. Beliau merupakan salah seorang Sultan Aulia, yang juga sebagai salah satu Syeikh yang ada dalam silsilah dalam thariqah Sadziliyah dan beberapa thariqah yang lain. Ia dikuburkan berdampingan dengan kuburan Hujwiri. Didirikan di atas makam nya sebuah kubah yang indah oleh seorang Sultan Mongol, Muhammad Khudabanda atas nasihat gurunya Syekh Syafruddin, salah seorang keturunan dari Bustam itu . Abu Yazid adalah seorang tokoh sufi yang terkenal pada abad ketiga Hijriyah. Datuk Abu Yazid merupakan penganut agama Zoroaster. Ayahnya adalah salah satu di antara orang-orang terkemuka di Bustham.Sedikit sekali orang mengetahui tentang sejarah hidupnya.



Suatu hari tatkala Abu Yazid sedang berjalan disatu lorong, maka datang


seekor anjing. Beliau menarik pakaiannya keatas sedikit agar tidak


tersinggung oleh anjing itu. Dengan kuasa Allah, anjing itupun berkata dalam bahasa manusia,



"Jika aku kering sia-sia menyinggung aku, dan jika aku basah tuan boleh


cuci pakaian itu dengan air. Tetapi benci yang ada dalam hatimu terhadap


aku tidak dapat dibasuh dengan air dari 7 batang sungai. Dosa batin itu


payah hendak dibasuh."



Abu Yazid berkata, "Wahai anjing, kamu ini sangat bijak, marilah tinggal


denganku seketika." Anjing itu menjawab, "Tidak, kita berdua tidak boleh


tinggal bersama kerana aku ini dihina oleh dunia tetapi tuan dipuji oleh


dunia. Disamping itu aku tidak menyimpan makanan untuk esok tetapi tuan


menyimpan makanan untuk setahun." Abu Yazid berkata, "Sekiranya aku tidak


sesuai dan layak tinggal dengan anjing, bagaimana pula aku hendak hampir


dengan Tuhan dan duduk di majlisNya. Puji-pujian bagi Tuhan yang


menghinakan aku dan mengajar orang-orang melalui perkara-perkara kecil.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu