Ibnu Sirin dan 100 tong minyak zaitun

Ibnu Sirin ( Muhammad Bin Sirin) seorang ulama yang terkenal dengan kebolehanya mentafsir mimpi. Bagaimanapun, beliau adalah seorang ulama fiqh juga seorang peniaga minyak zaitun yang masyhur. Perniagaan minyak zaitun adalah pendapatan utamanya walaupun dalam masa sama beliau mengajar ilmu agama.



Pada suatu hari, pekerjanya mengkhabarkan bahawa satu daripada 100 tong minyaknya dimasuki tikus atau lebih tepatnya, mengandungi bangkai tikus. Lalu Ibnu Sirin memerintahkan satu tong minyak itu dibuang isi keseluruhannya. Belum sempat khadam itu kembali ke tempat tong minyak tadi berada, pekerja lain telahpun mengangkat tong minyak yang mengandungi bangkai tikus itu untuk berada bersama-sama tong minyak yang lain. Apabila Ibnu Sirin mengetahui hal ini, maka beliau memerintahkan kesemua minyak zaitun daripada 100 tong yang ada dituangkan, iaitu dibuang. Nilai kerugian beliau bukan sedikit, bahkan mencecah jutaan ringgit jika dinilaikan matawang masa kini.



Inilah taqwa mereka yang beriman. Orang yang beriman meletakkan harta dalam tangan, bukan dalam hati. Mereka tidak risau rugi dalam perniagaan jika didapati ada perkara yang boleh mengkhianati pengguna kerana yakinnya mereka dengan janji Allah SWT.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu