Warkah buat Syasya, dan kami.
Buat Syasya. (Dan semua tentunya)
Aku tak mahu jawab soal susah senang atau apa cabaran yang bakal kau hadapi. Tapi aku tertarik pada ayatmu (cewah) "dan kalau seseorang tu ada tanggungjawab lain, mampukah lagi ditampung sebaik mungkin?"
Pertamanya kau harus tahu bahawa tanggungjawab itu datang dengan keutamaanya yang tertentu. Betul, mustahil seseorang terbeban hanya dengan satu tanggungjawab saja. Pokoknya, yang mana paling perlu saat ini?
Keutamaan tidak statik. Boleh jadi menguruskan KPI tersangat penting dalam satu masa, tetapi pada masa yang lain kau terpaksa ponteng mesyuarat bulanan KPI untuk menghadiri perjumpaan tergempar BKAN Selangor .
Sebab itu, komunikasi sepasukan amat penting. Agar saling tolong menolong dan saling memahami.
Tanggungjawab kita bukan untuk belajar dan dapatkan Azizah (ops, Ijazah) saja. Bahkan perlu lebih dan perlu bercita-cita tinggi. Untuk gapai cita-cita kita perlukan pengalaman (sebab kata orang, pengalaman guru paling bagus). Dan kebanyakan pengalaman berkualiti datang dengan pakej tanggungjawab dan amanah. Contohnya, pengalaman menguruskan manusia.
Pengurusan manusia (dan konflik) ialah kepakaran para nabi.
Tapi, betul juga. Tiap manusia punya tahap tertentu. Kau tak boleh mem'bahu'kan setiap yang diamanahkan. Sesekali perlu tegas berkata "tidak!". Jadi, jangan hanya sebab mahu menolong orang, kau tak tertolongkan (ular sawa punya ayat). Nanti siapa nak tolong orang yang kau nak tolong?
Aku jawab jugalah serba sedikit agar hilang kegusaranmu soal 'cabaran menerajui KPI'.
Bagi aku cabarannya beza ikut keadaan. Waktu aku dulu, yang paling meletihkan ialah komitmen, bukan ahli saja, tetapi AJK itu sendiri. Tapi itu salah aku juga yang tak pandai memberi arahan (atau terlalu banyak memberi arahan?). Sebab itulah sedari awal aku kumpulkan kau, Hidayu dan Adli bawah KS. Dengan harapan bila tiba masanya, kalian sanggup memegang organisasi ini. Soal Faiz tak apa, dia masuk dengan semua orang. Sekejap saja. Aku yakin.
Cabaran lainnya ialah 'skepticism' masyarakat. Tapi itu juga salah aku kerana terlalu dengan gaya 'falsampah' sampai semua naik muak dan rasa berat. Oleh itu, aku mula belajar tentang kaedah Islam Tsaqafi dan aku kongsikan dengan kalian. Bukanlah 'Islam Tsaqafi' seperti apa yang difahami berlaku pada zaman Wali Songo yang aku mahukan, tetapi kefahaman bahawa menyerapkan idea itu perlu dengan 'pujukan' yang betul.
Lagi aku lihat cabarannya pada minat ahli-ahli kita dan sudut pandang mereka. Aku memang tak minat Indie. Tapi itulah trend semasa. Aku menolak sehabis-habisnya pencabulan penulisan ini. Tapi lepas berkenalan dengan lebih rapat dengan Faiz, aku mula tahu "oh, ada saja yang bagus dan berdakwah dalam dunia ini". Maka aku mula toleran (Tapi kau bilang aku plin-plan - Gus Mus). Ini juga pernah aku ceritakan dalam KS.
Cabaran akhirnya, istiqomah ahli. Benar, waktu inilah kau akan mula futur dan jatuh - bila usaha mu 2 3 malam bermesyuarat panjang akhirnya dileceh-lecehkan. Untuk ini aku tak pernah jumpa jawapan. Cuma aku bawakan pesan daripada Reshmonu dalam lagunya 'Anok-Anok': https://www.youtube.com/watch?v=ktvaU-J-wdg
Jadi Syasya (dan semua tentunya), aku kira kau sudah bersedia. Jangan ragu-ragu.
Kau perlu bereksperimentasi; kemudian gagal; bina hipotesis baru dan kembali bereksperimentasi. Begitulah sampai dapat buah yang diimpikan. Aku sudah dapat beberapa pengajaran dan aku kongsikan dengan kau. Mungkin berguna mungkin tidak, kau lah yang perlu menimbangtara.
Aku harap kau akan mencintai KPI dan menganggapnya satu perjuangan yang mulia. Apakah jihad itu hanya dengan melafazkan ungkapan-ungkapan agama? Tidakkah dengan menyediakan penulis berkualiti (yang bermatlamatkan penulisan yang jelas) juga kerja yang suci?
Kata Syed Qutb rhm: Peluru hanya mampu menembusi satu kepala sedangkan tulisan mampu menembusi seribu malah jutaan kepala.
Maka berbanggalah mereka dengan kemenangan yang mengalahkan. (Jika kau dah berusaha)
Aku juga harap kau akan membawa KPI dengan citramu yang tersendiri. Jangan dibayangi sesiapa. Kau boleh menerima nasihat si dia dan si dia, tapi jangan lupa apa intipati hati sendiri. Begitupun, aku sangat menekankan, jangan sampai diubah falsafah dasar.
Wallahua'lam. Yakinlah, bersama, kau dan teman-teman akan menjejak kebitaraan.
Yang melepaskan,
Sarip Dol.

Ulasan
Catat Ulasan