release tension sekejap

kisah 1:

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar.
Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"



kisah 2:

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah..

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam
awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!

Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata USNO salah!

Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian,
loceng pun berdering.Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.


kisah 3

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Agus.

Lelaki kaya: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).

Pak Agus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.
Selepas itu, Pak Agus memanggil anak buahnya yang bernam Samad dan memberikan arahan..

Pak Agus: Samad, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).

Samad: No problem uncle.

Esoknya Samad pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri. Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Samad terlanggar lubang dan... BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya.
Ayam-ayam yang dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Samad. Tetapi Samad tidak apa-apa, malah ketawa terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada Samad..

Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?

Samad: Ha.. ha... ha...!

Pemuda: Bang, kenapa bang?

Samad: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamatnya kan ada pada aku! Hahahahaa..



kisah 4

Ketua mekanik: Awak dipecat.
Mekanik: Tapi encik, saya tak buat apa-apa, kenapa saya dipecat?
Ketua Mekanik: Saya tahu..sebab itulah awak dipecat.


kisah 5

Di dalam sebuah kampung terdapat tiga orang sahabat yang sangat baik.Mereka tinggal ditempat yang diberi nama Amerika dinegeri mereka orang ramai tidak bercakap didalam bahasa melayu tapi mereka bercakap dalam bahasa 'omputih',. lawaknya bermula begini.

Pada suatu hari 3 orang sahabat itu berjalan di tebing sebuah tasik, seorang daripada mereka bernama 'Nobody',seorang lagi 'Crazy'dan seorang lagi bernama 'Nothing'.Sedang mereka berjalan berseiringan ditebing tasik dengan tiba-tiba 'Nobody'berasa pening-pening dan dengan tidak semena- mena 'Nobody'terus jatuh kedalam tasik dan ia tidak pandai berenang.

Lalu kawannya 'Nothing' menyuruh 'Crazy'menalipon 911.
Lalu 'Crazy'pun bergegas pergi talipon 911 dan bercakap dalam
bahasa 'omputih' ,


"Hello!!,I'm Crazy,I'm calling for Nothing coz' Nobody fell in the water."
Lalu orang dalam talipon itu pun bertanya "Are you crazy?" dan dia pun jawab"yes I'm Crazy."
dan orang yang ditalipon itu pun meletak talipon.habissss sudahh bah.

Moralnye:sebab tulah diwajibkan letak nama anak-anak dengan nama yang elok-elok belaka.



kisah 6

Dalam makmal seorang guru kimia menerangkan kepada murid muridnya mengenai bahaya minuman keras. Untuk itu dia melakukan ujikaji dengan memasukkan seekor cacing ke dalam gelas berisi air bersih manakala seekor lagi ke dalam gelas yang berisi minuman keras...

Cikgu : "Murid
murid, tengok apa yang terjadi pada cacing ini."


Beberapa minit kemudian cacing di dalam gelas yang mengandungi air bersih berenang-renang manakala cacing yang didalam gelas yang berisi minuman keras itu terus tenggelam dan mati.

Cikgu : "Baiklah murid murid, apa yang dapat kamu pelajari daripada ujikaji tadi?

Murid : "Untuk mengelakkan
kecacingan, minumlah minuman keras."

Moralnye:Yang sebenarnya bukan cacing tu je boleh mati, orang yang minum arak pun boleh mati sekali.


kisah 7

Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.
Kesemua doktor memegang surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus.
Masa berputar...pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Doktor membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.
Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.


kisah 8

Di sebuah mall yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat penimbang berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM1 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
seorang gadis dan temannya mencuba alat penimbang itu di tengah kerumunan orang.KLINGG!! Duit RM1 demasukkan dan mesin komputer pun menjawab:"47kg
Gadis kedua pula mencuba. "52 kg! komputer itu membertahu.
Setelah itu, datang pula seorang wanita yang cukup gemuk dan montel, cuba menimbang dirinya di mesin itu. KLLIINNNNGGGG!!! duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer itu pun berkata, "Tolong naik sorang-sorang ya, jangan ramai-ramai!"


kisah 9


Suatu malam minggu, seorang lelaki keluar dari kelab malam di Bukit Bintang dalam keadaan mabuk gila babi. Muntah hijau dua tiga kali. Dia berjalan dan...'BAAMM!!! tutup pintu, terus terbungkang di kerusi belakang.
Pemandu teksi: Incik...mana mau pigi?

Jantan mabuk: Hik...hik..Hotel Park Royal..hikkk.

Pemandu teksi: (Geleng kepala, kemudian berkata dengan marah) Aiyaa.. itu hotel sana seberang jalanlah!!!

Jantan mabuk: (Keluarkan dompet dan kemudian beri RM50 kepada pemandu teksi) Hik....Tengkiu.hikkk. lain kali...hikk...jangan bawak laju sangat, okey...hikkk....



kisah 10

Suatu petang di sebuah pasar raya, seorang lelaki muda bernama Awang yang tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur terperasan ada seorang perempuan tua sedang memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Awang terus pergi ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya perasan yang permpuan tua itu masih juga memandang dan mengekorinya. Akhirnya Awang pun buat dek saja, sebab dia ingat mungkin itu perasaannya semata-mata.
Lepas mengambil tiga tin sardin, dua bungkus mi segera dan sebungkus roti ( maklumlah orang bujang), Awang pun menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya. Tetapi di pertengahan jalan, permpuan tua tadi cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.
"Maafkan mak cik, nak!!" kata permpuan itu. "Mak cik mintak maaf bebanyak kalau anak rasa tak senang dengan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak mak cik yang meninggal bulan lepas."
Mendengarkan kata-kata mak cik itu, serta-merta timbul rasa sedih di haati Awang. Barulah Awang faham kenapa permpuan itu asyik saja memandangnya."Oh, gitu ke ceritanya mak cik? Maaflah, saya tak tau..." kata Awang dengan suara sedih. "Kalau gitu, ada apa-apa yang boleh saya tolong?" tanya Awang.
"AA..mak cik ada satu permintaan kecik, itu pun kalau anak tak keberatan,"kata perempuan itu. "Apa dia mak cik?" tanya Awang.
"Bila mak cik dah nak jalan keluar, bolih tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!? Terubat betul rindu mak cik kalau anak dapat tolong sebab arwah anak mak cik selalu buat macam tu pada mak cik."
"Oh boleh..boleh.. takde masalah," balas Awang. Dia kemudian mencium tangan perempuan tua itu selepas perempuan tersebut menghulurkan tangan dan meminta Awang menciumnya. Kata perempuan tua tersebut, itulah yang dilakukan oleh arwah anaknya sejam sebelum dia meninggal akibat kemalangan.
Setelah juruwang memasukkan semua barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah Awang. Awang pun melambaikan tangannya kembali sambil melaung "Babai, mak..babai maaakk.."
Apabila perempuan tua itu hilang dari pandangan, dengan hati yang masih sebak Awang pun bergerak ke arah juruwang untuk membayar barang-barangnya.
"Jumlah semuanya RM160.30 encik," kata juruwang pasar raya itu setelah menge'punch' harga sardin, roti dan mi segera yang dibeli oleh Awang.
"Hah! Seratus enam puluh hinggit?" terkejut kambing Awang mendengar kata-kata juruwang itu. "Gg...ggapo maha sangak, ambo beli barang sikik jah, huano sapa seghatuh riyal? tanya Awang tak puas hati sampai terkeluar dialek Kelantannya.
"Habis tu, tadi mak encik kata, encik nak bayarkan untuk dia sekali!"kata juruwang itu.
"Hah! Mok ambo?" Mata Awang terkebil-kebil...


kisah 11

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia tujuh tahun menaiki bas ekspres Melaka-Kangar. Ibu itu berpesan kepada pemandu bas, "Encik...tolong tengokkan anak saya, ya. Nanti kalau sampai di Ipoh.. beritau anak saya ni." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya,"Sudah sampai Ipoh ke belum?" Hari mulai malam dan anak itu masih ters bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab, "Tidur ajalah, belum sampai lagi. Nanti kalau dah sampai, saya kejutkan!"Tapi si budak ini tidak mahu diam, dia pergi ke depan pula dan bertanya kepada pemandu bas untuk ke sekian kalinya, "Pak cik... dah sampai ke Ipoh ke belum?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata, "Belum! Tidurlah, nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pak cik kejutkan!" Selepas itu si budak ini tidak bertanya lagi. Dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suaranya tudak dedengaran lagi, semua penumpang terlupa padanya, sehingga ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Star, budak ini masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tiba-tiba....alamaaakk!! Pemandu bas teringat yang dia sudah terlupa membangunkan si budak tadi. Lalu dia bertanya kepada para penumpang. "Tuan-tuan dan puan-puan sekalian...bagaimana ni, perlukah kita hantar semula budak ini?"
Para penumpang pun berasa bersalah kerana turut melupakan budak kecil tadi. Mereka setuju menghantarnya kembali ke Ipoh. Maka berpatah baliklah bas itu menuju ke Ipoh. Sesampai di Ipoh, iaitu selepas tiga jam perjalanan, budak itu pun dibangunkan. "Dik, ooo dik, kita dah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" kata pemandu. Si budak itu bangun dan berkata, "Oh dah sampai ya!" lalu terus membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkus. Seluruh penumpang kehairanan. "Eh, bukankah kamu nak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebungungan. " Taklah. Emak saya pesan, kalau dah sampai Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Ulasan

  1. Ni lg tension kot org bace ~ bnyk sngt ^^ hahaha btw, nice one!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha,.rajinnya baca,..Thnx,btw,copypaste je lah,. :D

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

dah habis dah sekolah. macam tu je.

conteng baju sekolah^^

Engaged

iklil, kita kawan kan?? :(

Catatan Melahirkan Seorang Ibu