Catatan

Catatan Melahirkan Seorang Ibu

Imej
Dulu selalu tertanya-tanya, sakit contraction tu macam mana? Macam-macam jawapan orang bagi. Bila dah rasa sendiri, this is how I would describe my contraction; sakit senggugut but worse and worsening with time. 21.07.22 pagi tu start rasa senggugut. As usual sebagai orang yang dah cuti awal nak bersalin, kita berbaring je la atas katil tambah lagi bila sakit perut lagi la malas nak bangun. Tengahari tanya kak qilah pasal sakit perut tu. Kak Qilah suruh kira masa. So I timed my pain, sakit every 3 minutes selama 30-50 seconds. Selama ni baca kalau sakit every 4 minutes apart, lasting 1 minute for at least 1 hour tu maknanya kena pergi hospital. Tapi abang dekat Teluk Intan lagi ni. Hmm taknak pergi hospital kalau abang tak balik lagiii.  Pukul 2.30 petang ada blood show. Masa ni dah suruh Iqah ready bawa kaklong pergi hospital KPJ Shah Alam. Iqah tu punya la nervous sebab tak pernah drive jauh, then nak bawak orang sakit beranak lagi la dia nervous. Sakit makin kuat tapi timing dia...

Validasi

Imej
  Entah untuk siapa tulisan ini. It's not a good feeling doing treatment with so many limits. Saya bukanlah seorang yang penyabar, dan saya hormat kawan-kawan yang masih bersabar bekerja dalam fasiliti awam kerajaan. Yang pertama, kerana saya tidak berjaya diberi lantikan tetap. Malah dipujuk untuk sambung kontrak menyambung khidmat dan berbakti. Ia perasaan yang baik — berbakti. Tapi harus sabar dalam berbakti. Saya gagal bahagia bila saya tidak dapat buat yang terbaik dalam kerja-kerja saya. Saya berani cakap begini kerana untuk dapat buat yang terbaik dalam pergigian, selain doktor, kita perlu bahan dan peralatan yang cukup. Tak perlu pergi jauh, sedangkan pernah lebih 6 bulan filem x-ray tak ada sampai kami berniat nak beli sendiri sebab kasihankan pesakit yang terganggu proses rawatan. Bayangkanlah nak buat rawatan akar tanpa x-ray? Kawan sekerja saya sampai beli apex locator sendiri. Itu belum cerita sealant GP habis, non-setting calcium hydroxide tak ada, etching habis, fas...

Engaged

Imej
Semoga Tuhan tunjukkan jalan. Saya tak pernah bercinta. Tapi selalu juga menaruh hati yang tak banyak. Sedikit-sedikit dan saya diamkan saja. Saya ada crush kepada begitu ramai orang (sejak umur 5 tahun), dan sebaik saja seseorang sukakan saya, saya dah tak suka dia. Entah pelik-pelik. Jadi saya tak pernah ambil berat perasaan sendiri. Sebab dia datang dan pergi. Saya juga tak pernah ambil berat perasaan orang lain, maafkan saya.  2020 bukanlah juga tahun yang menduga ketika kita dihampiri kasih dan cita-cita baik. 1 Januari saya ambil berat perasaan saya dan saya tak menyesal. Semoga Tuhan suburkan apa yang kita semai, sampai tak ada lagi kita. Buat saya, cinta hadir dengan tanggungjawab. Buat sayang saya, terima kasih dan semoga berbahagia dengan saya. Tahniah sebab jadi orang pertama yang bertuah dapat bercinta dengan saya hahahah.

langit lazuardi lagi hari ini

Lagu Suatu Pernah - Fynn Jamal, termainkan di radio kereta ketika saya sedang memandu pulang dari klinik, dan Tuhan, air mata saya jatuh seperti empangan pecah, seperti tak ada lagi besok. Pandangan saya kabur, nafas tak lagi teratur. Hampir-hampir kemalangan dan saya tak mampu mengawal diri apatah lagi kenderaan. Satu antara banyak episod hari-hari jatuh dan diri saya runtuh. Ia bukan depresi, cuma proses grieving meraikan kehilangan mimpi yang nihilistik sifatnya. Saya yang dulu mencebik kisah-kisah patah hati, akhirnya diuji Tuhan mengenal sisi diri yang tak pernah saya tahu sebelumnya. Memandang ke belakang hari ini saya tahu ia bukan cinta, cuma sesuatu toksik yang menerujakan kerana tak pernah dilalui. Ia bukan kisah pengorbanan atau kisah cinta yang sederhana, tapi kisah mementingkan diri sendiri dan justifikasi untuk tidak setia. Syukur saya tersedar syukur saya tertampar syukur saya terbangun dari lena panjang tidur ngeri yang meragut separuh nyawa syukur saya...

Sekali itu perjuangan ini jadi surreal

Ketika itu. Kali itu. Duduk di tengah-tengah sana terasa surreal. Mungkin aku dah berjalan terlalu jauh meninggalkan semuanya. Mungkin aku dah jadi seperti yang selalu mereka takutkan, terpisah dari realiti hidup kelas bawah yang resah. Mungkin aku tak pernah melakukan apa-apa dari diriku sendiri. Mungkin sebelumnya aku cuma menyerahkan diri kerana cinta (atau ketaksuban fana') kepada seorang lelaki yang gagal menghargai. Ketika itu segalanya surreal. Aku tidak diingatkan. Aku tidak dibangunkan sesiapapun meski maksud perjuangan itu diratib mereka dan dilaung puisiku sendiri. Mungkin aku sudah mati dalam dunia kalian. Mungkin ini bukan baru tapi aku selamanya begini. RIP. Kini maksud baikku untuk siapa? Atau pernah aku jernih bermaksud baik? Semoga Tuhan ampunkan aku.

I want to blah from this premise because I don't want to be the one who love more. Can we forget?

Bila aku ada banyak gila nak cakap and I say nothing sebab aku takut I am being difficult dan peningkan kepala dia. Bila aku rasa rindu dan menangis sorang-sorang belumpun matahari naik. Bila aku cuba tidur tapi yang datang cuma dia dan perasaan yang sarat. Tak ada ubat pagi ini. Tak dari orang yang mula-mula mengatakan rindu. Tak dari sesiapa. Senang betul mengungkap. Rindu, sayang. Boleh mengalir sampai banjir. Tapi yang aku rasa tak boleh diungkap. Dia penuh dan penuh dan penuh dan sarat dan sarat dan sarat dan aku sakit dan air mata siapa yang bertakung di mata aku ni?  I think I am in love again and I don't like this feeling. I hate that I feel too much. I hate that no him can get this unbearable feeling.I hate that he do nothing and I already feel this bad, that I already fall, that I already miss him so much. I hate it that when I miss him dan dia tak ada untuk ubat. Rindu tu berat. Rindu tu sakit. Rindu yang aku rasa buat aku menangis. Aku tak tahu rindu apa yang dia m...

Melati Dan Bayu

Cerita klise tentang perempuan yang mahu lari dan melupakan tapi kenangan memeluknya pulang. Langit Jakarta tidak biru. Tidak pernah biru sejak dia menjejakkan kaki ke kota sibuk ini lima hari lalu. Hari-hari yang berjalan dengan tenang dalam dirinya meski jalan-jalan macet teruk, kenderaan begitu rapat dan pemandunya masing-masing hilang sabar. Melati tidak lagi menangis seperti biasa. Americano di atas meja sudah dingin. Buku 100 Soneta Cinta karya Pablo Neruda terjemahan Aan Mansyur masih terbuka, masih di halaman 17 pada puisi VII sejak jarum panjang jam di dinding Filosofi Kopi menunjukkan angka tiga dan sekarang sudah di angka sepuluh. "... O Cinta, kini kita lupa bintang memiliki duri setajam ini!" Ingatannya jatuh lagi pada wajah yang masih bernyawa di dadanya. Wajah jelik dengan jenaka yang tak lucu namun selalu berjaya membuatnya tertawa. "Bintang maksudnya cita-cita, Melati." Melati senyum, merapatkan telefon Sony Experia Z berwarna p...

Melekat Di Dinding Rahim: Siapa Tuan Siapa Hamba?

Imej
Adakah saya bertuhankan anda? Tidak. Adakah saya bertuankan anda? Pasti tidak. Iya? Sejak bila? Persetankan kalau ibu bapak nenek moyang saya begitu, tapi saya belum pernah. Saya menghormati anda seperti saya menghormati seluruh manusia lain, bukan sebagai tuan saya. Tidak begitu jauhnya anda dengan saya melainkan kerana takdir Tuhan anda terlahir dari rahim ibu anda dan saya terlahir dari rahim ibu saya. Adakah anda berusaha lahir dari rahim ibu anda? Tidak. Adakah saya berusaha lahir dari rahim ibu saya? Tidak. Saya, anda, atau anak-anak ini tidak pernah memilih rahim mana kita dilahirkan, nama apa yang diberi sesudah dilahirkan. Tapi itulah nanti nama yang dipanggil Tuhan seadanya. Juga dari Tuhan. Saya bertuhan. Anda bertuhan, bukan? Tapi anda tidak bertuan. Adakah saya bertuan? Adakah anda tuan saya? Apa yang anda lakukan yang menjadikan anda tuan? Tidak ada apa-apa. Anda cuma lahir dari rahim ibu anda. Apa yang ada di dinding rahim ibu saya yang melahirkan saya sebagai hamba t...

Pseudo

Imej
1) Sekarang saya cuba benda baru lagi. Tapi biarlah saya rahsiakan dulu. Kalau jadi nanti, adalah. Semuanya proses belajar. Walaupun saya perlahan-lahan sedar yang saya mungkin tak selesaikan apa yang saya mulakan. Ibu pernah cakap, pohon yang rimbun takkan pernah tinggi. Mungkin ibu betul. Mungkin tak. Kalau saya tak tinggi, itu sebab saya malas. Macam saya yang asyik tonton Netflix sekarang walaupun saya patut luangkan masa itu untuk menulis atau bersedia untuk ceramah di klinik besok. 2) Minggu depan ke Jakarta. Untuk Pesta Buku Antarabangsa Indonesia. Sebenarnya itu cuma alasan saya untuk lari. Saya nak lari. Lari. Jauh dari semuanya.  Tadi seharian kursus Ortodontik di Ipoh bersama pegawai-pegawai baru, saya membuka diri. Hari ni sangat menggembirakan. Saya seronok buat kawan. Macamlah saya tak pernah buat kawan sedangkan dah hampir setahun saya kerja sini. Tapi hari ni lain. Saya rasa saya gembira dan dah tak perlu lari. 3) Mat dah beberapa kali minta s...

yang pertama dari tiga puluh dua

Imej
Dua bibir saya yang kering dan menggelupas sudah mula dicumbu dingin dari kipas yang berpusar di atas. Bius perlahan-lahan hilang. Sekarang pipi kiri saya mula merasai jari-jari saya yang menyentuhnya. Saya duduk dari baring dan buka komputer riba untuk catat segala deria yang pertama ini saya alami, tapi tiba-tiba saya sangat sakit. Bukan berdenyut-denyut. Mencucuk-cucuk. Saya telan dua biji paracetamol tapi kesakitan saya tak berkurang malah lebih sebab bius makin pergi. Saya gigit kapas kuat, berharap ada sedikit sakit berkurang dengan tekanan - atau dengan kepala otak saya yang fokus kepada satu-satu benda seperti sama ada kesakitan atau tekanan, atau mabuk cinta. Saya menaip, berharap agar segala deria saya tumpu kepada jari yang menari dan tulisan di paparan skrin. Tapi otak saya masih ligat memeluk kesakitan yang tak pernah saya nikmati. Maka saya fikir, seperti sekejap tadi saya pejamkan mata ketika geraham saya dikeluarkan dari soketnya, menikmati setiap inci gerakan yan...

Pelacur kata

siapakah mencabut waras merusuh hati seorang perempuan dengan kemungkinan siapakah menanam sebuah cita-cita cuma sebagai pilihan kedua? --- pelacur kata menggodaku mengoyak diksi bersenggama menuliskan benci pelacur kata menggodaku bersenggama menuliskan sajak tak siap ceritaku sebelum kaulelap pelacur kata menggodaku bersenggama menuliskan satu nama cuma satu nama. --- engkau hujan mari di tiap kesunyian tanahku yang terbakar rindu mengapa unggunnya tak terpadam denganmu? 080720191

Hoi Lelaki

Hoi lelaki nak melintas lintas saja jangan kau pandai-pandai mengetuk pintu jika niatmu sekadar lalu hoi lelaki kalaupun akhirnya pintu kubuka bersifatlah seperti tetamu jangan kau pandai-pandai selesa berumah di dada hoi lelaki satu hari aku tersalah laku menyediakan hati melebihi kopi tegaslah berdiri dan pergi kaupun tak pernah berhasrat lama awal-awal kubilang baiklah kau lintas saja jangan pandai-pandai mengetuk pintu ketika tak ada yang menunggu kerana rindu adalah hati yang usang tempatnya kesedihan berpesta berjaga setelah kau datang.

Bersemadilah lagumu, puisiku

Imej
Tak ada puisi hari ini kata-kataku selesai malam tadi menanti seseorang dari bintang tak kunjung datang setiap jam percik-percik api di dada bagai ilusi setiap minit kupu-kupu di perutku seperti mati bersemadilah lagumu, puisiku kita tak jadi mengukur sempadan tanah mengira anak-anak dan jarak rumah bintang-bintang lebih dulu tertanggal belum aku mengucup selamat tinggal Tuhan, terima kasih menyiram dadaku meracun kupu-kupu. 11062019 t.i., perak.

24

Jujurnya saya rasa kosong. Satu angka bertambah dan saya tidak bertambah makna. Tatkala nasib terbaik adalah tidak dilahirkan, hidup akhirnya sebuah perjalanan yang meruntuhkan atau jika terselamat menjadi kuat. Juga masih harus menatap nasib malang di badan yang lain. 24 tahun dan masih cuba memetik bintang. Kalau hari ini langit runtuh, semoga jiwa saya tidak runtuh bersamanya, semoga jatuh juga bintang di sana untuk saya rangkai menjadi sederhana.

yang tak termilikkan

Imej
saya masih sedar saya sedang menulis kisah kita sebagai epitaf atau elegi kepada hidup saya sendiri. besarnya ujian jatuh cinta, entah patut disyukuri dan dinikmati seperti mahumu, atau mesti saya kesal kerana begitu berat menanggung sakitnya.

KUPU-KUPU DI DALAM DADA

masih mengepak dan beranak-pinak sejenak mendengar suaramu yang nakal dan menjengkelkan. bilakah rindu berhenti membentak? sshhhh. tenang-tenang sayang. sebelah sayap tak boleh terbang. kupu-kupuku yang tak bisa tidur, alangkah mudah jika lunakmu dituntun egois dan skeptis. alangkah indah jika mampusmu terus disembelih sepi dan tidak peduli. tapi ternyata yang menyakitkan, menyenangkan. 0100, 28/1/2019.

2018

Imej
"Ketika dirajut geresah berdiri di depan peristiwa besar seakan seluruh hidup sedang terpasung kepadanya, bernafaslah sejeda. Kerana sebuah aku adalah kumpulan sejuta titik melukis garis perjalanan. Kerana wisuda juga sekadar satu daripada kemungkinan-kemungkinan." Saya pernah begitu pesimis sampai menuliskan ini. Satu pagi saya bangun tidur dan terus ke depan cermin, capai gunting, dan kerat rambut panjang menjadi separas cuping telinga. Tiba-tiba. Entah. Saya tak ada depresi. Saya akan nafikan sekeras-kerasnya. Mungkin saya ada sedikit simptom kerunsingan, semisal tak boleh tidur malam atau tangan menggeletar jika dirundung kusut. Tapi lain-lain saya dilihat tak ada masalah, malah saya senang setiap kali kawan-kawan gambarkan saya sebagai perempuan yang semangat dan ceria. 2018. Tahun yang melimpah. Separuh pertamanya saya masih seorang mahasiswa yang bergelut untuk peperiksaan akhir. Bila dikenang, entah berapa kali air mata tumpah untuk sekeping ijazah. Namun sep...

Intention

I grew up thinking, whenever I see a beggar or someone in need for money; that I want to help because I want the ajr, the rewards from Allah, we called it 'pahala'. So the question of whether or not that someone was is need, or whether or not one institution in charge of taking and distributing donation is doing their job rightfully, I did my part. Allah knows best. Allah will rewards me because I do a good deed. But now, I don't think pahala matter. What I really want is to help. What I wish is for the help goes to the right people, those who in need and desperate at it. The pahala is not my concern as it is God's job to reward His servants and it is definitely not my job to decide that I need to get rewards for helping this and that person. So now the question is, how do we make sure we help the right person and we trust the right institution? We can't. We can never be fully sure where the money goes and how the money is spent. But we can try. Do some research...

Topeng

Lin memang macam tu. Dia jadi lain di tempat baru, dalam kelompok baru. Perasaannya asing, menumbuhkan diri dia yang asing. Keadaan tak sama kalau Lin masuk ke kawasan baru dengan seorang kawan yang bawa sama sebahagian hidup Lin, mengenal seperca hati budinya. Tak sama. Kalau Lin bersama seseorang lama, berkenalan dengan kelompok baru, dia bawa sekali hidupnya. Lin yang berani, Lin yang lantang, Lin yang kepoh dan tak ayu langsung. Tiga kali. Dah tiga kali dalam hidup Lin terpaksa menempuh kelompok baru yang mana dirinya tak dikenal sesiapa. Sekali, masa ke kelas tambahan waktu Lin tingkatan tiga. Kemudian, masa PLKN. Dan kali ni, Lin masuk kerja. Rekod di PLKN, Lin akhirnya berjaya jadi diri sendiri, relatif kepada tempoh yang lama - tiga bulan. Di pusat tuisyen dulu, Lin yang jenis 'kaklong kawasan' yang dikenali di sekolahnya sebagai pemberani, tiba-tiba dikenali sebagai perempuan ayu yang pendiam dan tak bercakap sepatah. Menjawab bila ditanya, dan cuma senyum bila yang l...

Malam Ini

Imej
Malam ini kalian adalah perempuan bernama puisi menghamili segenap percaya dan sangsi lewat perkataan dan baris lagu aku tersenyum membalas garis paling belas yang menghilangkan tahi lalat di bucu bibirmu sebuah tanda tidak melebihi parut yang datang dengan cerita seperti sebuah kata-kata tidak dikurangi gerak tarimu dengan taktun atau prosa lama Malam ini kalian adalah perempuan dengan syai di tangan menghangati ruhku sebagai sahabat dan dekat aku terlupa mengira butir hujan seperti selalu dan engkaupun tak lagi merinduiku melulu kita sekadar saling bersapa dan meraba kenangan mungkin akulah yang merinduimu perempuan yang menghidupkan lena perempuan yang meredupkan jaga perempuan bernama puisi yang memeluk cita dan cintaku setiap hari Malam ini kalian adalah keberanian dan ketakutan membarisi ambisi lama atas setiap nama yang sementara setiap yang datang dan mengenalkan kemungkinan-kemungkinan membuat kita terkelong antara semalam dan...