Hoi Lelaki

Hoi lelaki
nak melintas lintas saja
jangan kau pandai-pandai mengetuk pintu
jika niatmu sekadar lalu

hoi lelaki
kalaupun akhirnya pintu kubuka
bersifatlah seperti tetamu
jangan kau pandai-pandai selesa
berumah di dada

hoi lelaki
satu hari aku tersalah laku
menyediakan hati melebihi kopi
tegaslah berdiri dan pergi
kaupun tak pernah berhasrat lama

awal-awal kubilang
baiklah kau lintas saja
jangan pandai-pandai mengetuk pintu
ketika tak ada yang menunggu
kerana rindu adalah hati yang usang
tempatnya kesedihan berpesta
berjaga setelah kau datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

jurnal wirawati negara :)

setitis yang tidak penting tentang UADC 2017

PERISTIWA SOAL SELIDIK kem gambang kump 1 siri 10 / 2013

PABM 2012

Engaged