I Saksi keberanian yang tertumpul. Mac, F ajak makan. Aku taklah begitu sangsi walaupun F tak pernah berkelakuan begitu. Cuma ya. Aku menanti apa yang mahu dikhabarkan. Selesai makan, F perlahan-lahan menyusun perkataan. Katanya mahu aku turut sama merealisasikan mimpi. Ini tahun akhir dia punya kesempatan, dan dia perlu pasukan. Aku yang terharu terus terima tanpa jeda, walau aku tahu yang kisah-kisah lepas membuktikan ahli pasukannya harus terlalu tegar untuk bertahan. Latihan bermula. Empat jam sekali latihan. Selang sehari. Aku cuba. Dengan jadual yang sedia padat, kuliah, klinik, peperiksaan, requirements, sekolah TFTN, kerja penulisan, aku masih cuba. Aku tak mahu mengalah. Ada objektif yang mahu aku capai; aku yakin selesai pertandingan ini Ogos nanti, aku sudah menjadi Hidayu yang baru. Yang boleh berhujah fasih dalam Bahasa Inggeris. F bertimbang rasa. Banyak jadual yang cuba dilonggarkan untuk aku. Kadang-kadang kami berlatih cuma 2 jam. Ta...
Ulasan
Catat Ulasan