tertumpang di biduk tiris. biar tahu makna. bukan sesat saja.
kerana akhirnya, langit juga tidak lagi kekal melangit. dan bumi tak selamanya kekal membumi.
jendela yang terbuka. luas.
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
"Kalau tak ada penambahbaikan dari sudut yang sama, maka itu baru masalah. Tapi andai muncul salah baru, itu salah yang ditakdirkan."
Okay sekarang nurul hidayu nak tulis pasal pengalaman beliau bergelar pelatih plkn di kem gambang, kuantan, Pahang. Malas lah nak tulis ni sebenarnya, tapi disebabkan memang dah berhajat, hidayu salin je lah, beberapa bahagian dari jurnal plkn nurul hidayu ni ye. 11 januari 2013 jam 0550 Time nih roll-call subuh. Hahah. Baru first time isi jurnal aku pasal plkn ni padahal hari tu beria je nak tulis exactly from first day sampai lastday about every single thing happened kat plkn ni en. Tapi tengok sekarang dah masuk hari ke lapan baru tulis. Hoho. Sebab takde masa ke? Nope. Cumanya macam biasa ler. Mim alip lam sin. Hoho. Betullah perbelajaran cb semalam (10 januari 2013), kita paling selalu mungkiri janji yang kita buat untuk diri kita sendiri Mari kita rumuskan apa yang berlaku sepanjang tempoh lapan hari ni. Selasa hari tu start kawad kaki, rasa macam nak mati -_-‘ Rabu malam : ustaz pilih jadi ajk surau. Err -_-‘ Khamis ...
I Saksi keberanian yang tertumpul. Mac, F ajak makan. Aku taklah begitu sangsi walaupun F tak pernah berkelakuan begitu. Cuma ya. Aku menanti apa yang mahu dikhabarkan. Selesai makan, F perlahan-lahan menyusun perkataan. Katanya mahu aku turut sama merealisasikan mimpi. Ini tahun akhir dia punya kesempatan, dan dia perlu pasukan. Aku yang terharu terus terima tanpa jeda, walau aku tahu yang kisah-kisah lepas membuktikan ahli pasukannya harus terlalu tegar untuk bertahan. Latihan bermula. Empat jam sekali latihan. Selang sehari. Aku cuba. Dengan jadual yang sedia padat, kuliah, klinik, peperiksaan, requirements, sekolah TFTN, kerja penulisan, aku masih cuba. Aku tak mahu mengalah. Ada objektif yang mahu aku capai; aku yakin selesai pertandingan ini Ogos nanti, aku sudah menjadi Hidayu yang baru. Yang boleh berhujah fasih dalam Bahasa Inggeris. F bertimbang rasa. Banyak jadual yang cuba dilonggarkan untuk aku. Kadang-kadang kami berlatih cuma 2 jam. Ta...
Okay lar okay lar,. Atas permintaan banyak pihak sekarang ni cik nurul hidayu nak cerita pasal peristiwa soal selidik tu eh. Penting sangat ke peristiwa ni sampai kena tulis kat blog? Entah, cumanya dia pun ada bagi lesson gak lah dalam hidup aku. Cerita dia macam ni, kitorang ada pertandingan nasyid untuk malam khamis, so mengikut jadual modul kerohanian yang telah diluluskan oleh Timbalan Komanden Latihan (TKL) , malam Isnin sampailah malam sebelum pertandingan, masa kitorang diperuntukkan untuk latihan nasyid lah kiranya. Nak dijadikan cerita, Isnin tu dari pagi sampai petang ada latihan air untuk wira dekat Kolam Renang Indah Sempurna,,Selasa untuk wirawati pulak. Alkisahnya waktu hari isnin tu wira dengan hepinya balik dari kolam renang setelah seharian berpenat lelah main air , (*hepi ke? Dah kena ceramah free dengan JL sebab buat hal gatal tangan conteng pintu bilik air kat tempat awam tu. Hoho).. balik balik je diorang ni terus rehat dekat dorm lah kan buat pentadbir...
PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU (PABM) 2012 alhamdulillah YA ALLAH! kerana benarkan aku pergi. kerana beri aku kesempatan melihat sendiri. saat manis yang pasti ku kenang. terima kasih YA ALLAH.. peluang yang sangat sukar untuk aku rebut. walau hakikatnya aku adalah penonton tapi kesempatan menonton jga bukan mudah. entah mengapa aku tak pergi tahun lepas. tahun ni hanya tingkatan 2 dan 4 yang sertai. memang itu syaratnya. KELAS YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN PADA TAHUN INI ADALAH DILARANG. aku tahu itu. dan aku pun telah mengalah sebab waktu itu pun PK 1.. but then pada hari kejadian baru aku tahu yang sebenarnya PABM ni berlangsung malam. 2.40 petang. seusai solat zohor, tak sempat makan tengahari pun, aku terus cari cikgu kamariah. rayu punya rayu nak pergi jugak!!! cikgu suruh rayu cikgu MADIHAH. > PK KOKO SAMTTAJ.< aku tak kira! kalau hanya itu jalannya yang membolehkan aku turut serta, aku sanggup! berbekalkan keazaman yang tinggi d...
Semoga Tuhan tunjukkan jalan. Saya tak pernah bercinta. Tapi selalu juga menaruh hati yang tak banyak. Sedikit-sedikit dan saya diamkan saja. Saya ada crush kepada begitu ramai orang (sejak umur 5 tahun), dan sebaik saja seseorang sukakan saya, saya dah tak suka dia. Entah pelik-pelik. Jadi saya tak pernah ambil berat perasaan sendiri. Sebab dia datang dan pergi. Saya juga tak pernah ambil berat perasaan orang lain, maafkan saya. 2020 bukanlah juga tahun yang menduga ketika kita dihampiri kasih dan cita-cita baik. 1 Januari saya ambil berat perasaan saya dan saya tak menyesal. Semoga Tuhan suburkan apa yang kita semai, sampai tak ada lagi kita. Buat saya, cinta hadir dengan tanggungjawab. Buat sayang saya, terima kasih dan semoga berbahagia dengan saya. Tahniah sebab jadi orang pertama yang bertuah dapat bercinta dengan saya hahahah.
Ulasan
Catat Ulasan