Catatan

Topeng

Lin memang macam tu. Dia jadi lain di tempat baru, dalam kelompok baru. Perasaannya asing, menumbuhkan diri dia yang asing. Keadaan tak sama kalau Lin masuk ke kawasan baru dengan seorang kawan yang bawa sama sebahagian hidup Lin, mengenal seperca hati budinya. Tak sama. Kalau Lin bersama seseorang lama, berkenalan dengan kelompok baru, dia bawa sekali hidupnya. Lin yang berani, Lin yang lantang, Lin yang kepoh dan tak ayu langsung. Tiga kali. Dah tiga kali dalam hidup Lin terpaksa menempuh kelompok baru yang mana dirinya tak dikenal sesiapa. Sekali, masa ke kelas tambahan waktu Lin tingkatan tiga. Kemudian, masa PLKN. Dan kali ni, Lin masuk kerja. Rekod di PLKN, Lin akhirnya berjaya jadi diri sendiri, relatif kepada tempoh yang lama - tiga bulan. Di pusat tuisyen dulu, Lin yang jenis 'kaklong kawasan' yang dikenali di sekolahnya sebagai pemberani, tiba-tiba dikenali sebagai perempuan ayu yang pendiam dan tak bercakap sepatah. Menjawab bila ditanya, dan cuma senyum bila yang l...

Malam Ini

Imej
Malam ini kalian adalah perempuan bernama puisi menghamili segenap percaya dan sangsi lewat perkataan dan baris lagu aku tersenyum membalas garis paling belas yang menghilangkan tahi lalat di bucu bibirmu sebuah tanda tidak melebihi parut yang datang dengan cerita seperti sebuah kata-kata tidak dikurangi gerak tarimu dengan taktun atau prosa lama Malam ini kalian adalah perempuan dengan syai di tangan menghangati ruhku sebagai sahabat dan dekat aku terlupa mengira butir hujan seperti selalu dan engkaupun tak lagi merinduiku melulu kita sekadar saling bersapa dan meraba kenangan mungkin akulah yang merinduimu perempuan yang menghidupkan lena perempuan yang meredupkan jaga perempuan bernama puisi yang memeluk cita dan cintaku setiap hari Malam ini kalian adalah keberanian dan ketakutan membarisi ambisi lama atas setiap nama yang sementara setiap yang datang dan mengenalkan kemungkinan-kemungkinan membuat kita terkelong antara semalam dan...

Diam

Aku sudah lama berhenti cuba menjadi nadir yang cerlang di mata orang. Memaksakan keluar dari lingkar selesa itu katamu matang. Tapi itukan memenatkan? Tenang-tenang. Hidup sebentar. Aku menghidupi hidupku penuh bukan kerana engkau, aku memang tak reti perlahan melainkan bersangatan meski tak mahu. Aku sekarang fikir, sebenarnya apa yang aku mahu? Mungkin aku mahu lari jauh. Mungkin aku berdiam di situ dan beradu.

Di Antara

Di antara kita ada buku-buku yang terbuka. Ditutup untuk berpisah. Perlukah aku bakar satu-persatu lembarannya biar hangus, agar kita tak perlu sebab untuk bersapa, atau tak ada lagi satu apapun di antara kau dan aku?

😭

Saya tak pernah boleh menulis dalam keadaan sedar diri yang saya sangat bodoh dan kurang membaca. Membaca adalah kunci ilmu selain pengamatan dengan deria, disusuli analisis fikir yang baik. Masalahnya, sejak tamat sekolah menengah lima tahun lalu, saya tak boleh membaca sebanyak yang saya lalui sebelumnya. Saya susah fokus. Saya kurang kesungguhan untuk habiskan apa-apa bacaan bila bacaan saya terlalu perlahan. Saya jadi rimas dengan diri sendiri. Bukan buku berat pun yang saya baca. Hatta novel fiksyen yang santai pun saya ambil masa terlalu lama. Perkataan apa yang cuba saya kunyah sampai lumat? Walaupun sudah saya fahami berkali-kali, saya masih tak dapat lawan diri sendiri untuk TIDAK ulang ayat atau perenggan yang baru saya selesaikan. Ya Tuhan. Saya fikir masalah fokus saya bukan sekadar ketika membaca. Kadang-kadang ketika mendengar perbualan pun saya boleh larut dalam kekosongan. Saya cuba paksa diri untuk bergerak aktif ketika menerima sebarang input, sama ada membaca den...

Aku Mahu Bagaimana

Ketika tersedar, aku sudah terjebak terlalu jauh mencintaimu. Kita memang saling memungkiri, kerana takdir kita tak ditulis untuk itu. Atau sekurang-kurangnya, itu yang aku fikirkan. Itu yang patut berlaku. Pengertian antara kita tak seharusnya lebih. Bukan di mata engkau atau aku. Mengapa engkau menjarak dari dudukmu yang asal, sampai nafasmu boleh kudengar tiap helanya? Jangan. Pulang, dan setialah di situ. Aku bimbang, hati engkau belum bersedia untuk aku yang keterlaluan dalam segala-galanya. Aku bimbang, masa kita yang sekarang laju, akan berubah perlahan. Aku tak rela membayangkan sesiapapun sesiksa itu menikmati detikku. Aku bimbang, ketawa kita tak lagi semulajadi, malah dibataskan fikir dan terpaksa membahagiakan. Aku mahu engkau selesa. Aku mahu lenamu jatuh begitu dalam di dadaku. Aku mahu engkau terjaga lalu tak peduli tentang bau nafas atau apapun. Tapi ini semua tak mungkin berlaku. Kita sejak mula memang saling memungkiri, kerana takdir kita tak ditulis untuk itu. A...

2 tahun sudah, ya?

Minggu lepas, ketika diskopi karya, ada saya baca sebuah puisi tulisan sahabat saya, F. Saya yakin benar saya pernah melihat puisi ini sebelum ni. Tajuk juga begitu familiar. Tapi F bilang, tidak, ini kali pertama saya diberinya baca. Tak. Saya yakin saya pernah baca. Malas bergaduh, F beritahu yang sebenarnya puisi ini ditulis untuk saya. 2 tahun lalu. Pada waktu-waktu beginilah. Kerana ada sesuatu yang saya tempuhi ketika itu. Saya fikir, apa yang saya tempuhi? Hujung tahun 2015? “Pilihanraya kah?” Kata S saya bertanding pada 2016. Tapi tidak. 2016 saya dah pegang TFTN.Kemudian saya teringat yang sekarang musim pilihanraya kampus, maknanya setiap tahun, waktu-waktu begini adalah pilihanraya kampus. Hujung tahun 2015. Pilihanraya MPMMJ. Rasa sudah lama benar angka tu. Angka sama dengan HIMPUN 15, perkumpulan penulis-penulis Malaysia di Jordan berkongsi wacana. Rupanya baru 2 tahun. Baru 2 tahun. Saya selak blog, mencari catatan. Pasti saya tulis tentangnya. Ini pengalaman berh...