Catatan

AIMDS

Apa kau tak punya pilihan atau kau sendiri memilih untuk tidak memilih? Kau yang mahu setia dalam kegelapan yang Tuhan ciptakan, atau ada yang lain kau cari dalam kegelapan ini? Oh ya, terlupa aku dengan cereka yang mega lagukan tak lama dulu. Kekasih yang kau nantikan ada selalu melihatmu cuma pada malam hari, tak hairanlah kau tak lelah memilih untuk bersembunyi dari matahari. Maksud kau, si penipu yang cuma tahu melantun cahaya yang bukan miliknya di atas sana? Hah! Teruskan kau sama tertipu, sama macam manusia-manusia bodoh yang senang-senang mengaitkan aku dengan keanehan yang mereka sendiri cipta, dicanang tukang-tukang karut menghias pesta-pesta keraian. Lalu aku yang terus-terus dianehkan. Keanehan apa yang kau maksudkan? Tentang kisah percintaan terlarang kau dengan puteri berjuluk Selena menurut mitos Yunani itu sampai menyebabkan kau tercampak ke bumi dan disumpah menjadi hodoh begini, atau kisah ibu bapamu yang tersadai di langit sejak kau dilahirkan? Hahah...

Turns twenty is not that bad, kan?

Imej
Kalau menjadi bahagia adalah satu dosa, maka akulah manusia paling berdosa.
Tuhan tak kirimkan angin untuk bisikkan kejatuhan tapi selalu tersampai cerita-cerita langit tentang bahagia sedihnya di telinga manusia cuma menangkap kisah sedih yang tak habis.

Cinta

Matari tak pernah kabarkan kepada kita tentang sakitnya terbakar begitupun titis hujan tak pernah mengeluh perihal sakitnya terjatuh Cuma kita yang letih berkali-kali tak bahagia memeluk kehangatan mahupun menari di kehujanan merungut saat musim panas mengungkit waktu musim sejuk di bawah bumbung rumah. 11.11 pm 13042015

Kelok

Ini kisah perahu dikemudi dagang ke hulu kelok kehidupan yang melekit. Melihat sisi gelap anak-anak lapar di tebing laju dia mendekat ghairah menyuluh Melihat sisi sempit ibu-ibu letih di tebing laju dia mendekat ghairah menabur Melihat sisi sunyi bapa-bapa keluh di tebing laju dia mendekat ghairah menghulur Melihat sisi rontok pokok-pokok layu di tebing laju dia mendekat ghairah mengucur Iya ghairah dia menyinggah menyuluh menabur menghulur mengucur segala yang dia tidak ada mengharap pahala terbanting di tebing-tebing. #HIMPUNsatulima #eksperimen #maafCikgu #SayaLetakBumper #TakSengaja #ehCikguCakapTuBukanBumper #CikguPujiLagi #Ehh

C.E.R.I.T.A. C.I.N.T.A. 1515

C.E.R.I.T.A. C.I.N.T.A. 1515 Aku budak pelik. Aneh. Dari kecil lagi. Kerjanya membaca, membaca, membaca. Seolah-olah membaca itu cinta. Buku adalah syurga. Tempat aku mengenal dunia. Kalau orang lain suka tonton televisyen, aku suka baca buku walau menarik macam mana pun siaran kartun waktu tu. Tak ingat sejak bila mula membaca, tapi ibu ayah bangga sangat, anaknya membaca laju bila saat orang lain baru mula belajar mengeja. Ya, aku mula belajar bercinta awal, berbanding orang lain. Fasa aku mendahului sesiapa yang sebaya. Bila orang lain mula membaca dan berjinak-jinak dengan tulisan berwarna-warni penuh ilustrasi, aku memeluk ensiklopedia kanak-kanak dalam dakapanku. Tapi keluarga bukan orang senang, semuanya dapat dari perpustakaan, sebab ayah suka kami membaca. Seingat aku, buku pertama yang aku miliki sendiri (yang betul-betul buku), Buku Siri Penyiasatan Tujuh Sahabat (ke Siri Tujuh Penyiasat, tak ingat dah). Mama dan abah yang hadiahkan, masa ni kami masih tinggal di rumah s...

Kepalsuan

Imej
KEPALSUAN Kau kabarkan padaku cuma yang indah-indah tanpa sempat aku mengerti makna bobrok dunia  Kau gambarkan padaku cerita-cerita suka tanpa sekelumit tanda babak-babak sedih di hadapan  Kau nyanyikan untukku lagu-lagu cinta tanpa aku tahu kebisuan yang tak mampu didendangkan  Kau tinggalkan untukku kebisingan dan suara manusia tanpa sempat kau ajarkan kesunyian dan kekuatannya menaklukkan Yang kau tinggalkan untukku cuma senyum dan tawamu sebelum sempat aku fahami arti kesedihan  Fikirmu yang kau mahu hanya kebaikan tanpa kau tahu hanya sengsara yang memelukku untuk belajar kejelikan semuanya sendirian. NH Hatta 24032015 11.00 malam,  Jordan.