Catatan

Warkah buat Syasya, dan kami.

Buat Syasya. (Dan semua tentunya) Aku tak mahu jawab soal susah senang atau apa cabaran yang bakal kau hadapi. Tapi aku tertarik pada ayatmu (cewah) "dan kalau seseorang tu ada tanggungjawab lain, mampukah lagi ditampung sebaik mungkin?" Pertamanya kau harus tahu bahawa tanggungjawab itu datang dengan keutamaanya yang tertentu. Betul, mustahil seseorang terbeban hanya dengan satu tanggungjawab saja. Pokoknya, yang mana paling perlu saat ini? Keutamaan tidak statik. Boleh jadi menguruskan KPI tersangat penting dalam satu masa, tetapi pada masa yang lain kau terpaksa ponteng mesyuarat bulanan KPI untuk menghadiri perjumpaan tergempar BKAN Selangor . Sebab itu, komunikasi sepasukan amat penting. Agar saling tolong menolong dan saling memahami. Tanggungjawab kita bukan untuk belajar dan dapatkan Azizah (ops, Ijazah) saja. Bahkan perlu lebih dan perlu bercita-cita tinggi. Untuk gapai cita-cita kita perlukan pengalaman (sebab kata orang, pengalaman guru paling bagus). Dan...

Rasa bertajuk. Tajuk tak berasa.

Imej
Bismillah. Esok exam Anatomy Lab, tapi sekarang (baca: 1.00 pagi) mata terasa bugar lagi. Kuat pula rasa nak berkongsi rasa. Pernah tak korang (baca : yang macam siqoh sikit, geng geng surau) ehh macam melabel pulak. Bukan nak label, tapi realitinya manusia ni ada baik ada buruk dia. Ada tahap, kasta, dan darjat yang realiti nya walaupun kita tak suka nak nilai atau judge orang, tapi itu yang tersirat dalam masyarakat. Sebab selagi kita bernama manusia, akan ada baik buruk. Contoh; sekolah agama pun ada budak baik ada budak nakal. Sekolah kebangsaan biasa pun ada budak baik ada budak nakal. Macam mana kita tak boleh nak cakap semua orang Islam baik, macam tu juga kita tak boleh nak cakap semua orang kafir jahat. Ehh jauhnya lari tajuk. Pokoknya macam ni. Pernah tak korang (*yang kategori baik ni), ditakdirkan bertemu dan berkawan dengan seseorang yang 'kurang' baik? Atau tak sealim korang la mudahnya. Saya tukar perkataan 'korang' jadi 'kita'. Kita s...

Rokok? Urghhhhh

Imej
Amaran: Caption panjang. Waktu mula-mula sampai Jordan dulu, saya selalu fikir dan bayangkan kami semua akan ada penyakit paru-paru atau yang seangkatan dengannya (na3uzubillah) bila seusai belajar nanti. Lantaran asap rokok dan syisya di mana-mana. Tak boleh bayang perasaan ibu ayah, hantar anak jauh jauh bawak balik ilmu, tapi sekali bawak balik penyakit (na3uzubillah). Perasaan risau ni terus ada dalam hati saya sampai saya belajar subjek Pathology semester ni. Tentang Metaplasia. Macam mana sel-sel dalam badan kita akan adapt dengan surrounding. How in our distal airways in lungs, stratified  columnar epithelium  akan secara magicnya bertukar menjadi squamous bila kita dalam surrounding perokok sebab squamous  lagi power tahan asap rokok. Untuk elakkan injury. Power kan ciptaan Allah? Tapi saya cakap ni bukan bermakna saya rela anda anda perokok sekalian untuk sesenang hatinya merokok depan saya. Kerana ketahuilah, sejauh mana pun saya cuba bersabar dan berdo...

DECO IMPIAN

Tepat hari ini, genap sebulan kediaman ini menjadi syurga buat kami. Tiga ratus enam puluh darjah. Segalanya yang ada dalam syurga ini bermula kisahnya satu bulan yang lalu. Mohon doa semua agar bayt yang kami bina bersama ini mampu bawa manfaat, mampu bawa kebaikan, mampu menyejukkan, dan meniupkan kedinginan taman syurga kepada seisinya dan semua. Tak banyak yang kami minta, cuma sokongan dan semangat kalian. Biar adik-adik yang baru bertatih berjalan ini maju mendirikan mahligai padu yang menebar sejuta manfaat untuk ummat. Selagi kami mampu. (Tekan link di bawah dan click like pada status sebagai tanda support.) https://m.facebook.com/mimpigulagula/posts/873964379282777?notif_t=tagged_with_story الله يجزاك!

Nama Bill Gates lagi yang dijual.

Imej
Even Muhammad, the most influential person in history had once worked as a shepherd. Maknanya susah senang kita sekarang langsung bukan cerminan kita di masa hadapan. Baik buruk kita sekarang langsung bukan cerminan mati kita nanti. Eheh. Bukan bermakna kau goyang kaki pun dah boleh ubah masa sekarang kau untuk masa hadapan. Tak. Cuma GAGAL dalam sesuatu tak bermakna kau GAGAL DALAM HIDUP dan GAGAL jugak dalam benda lain. Yang penting bangun balik bila dah jatuh tu. "Alah kak, Bill Gates tu tak berjaya dalam study pun, satu dunia kenal dia." "Kau pikir Bill Gates mampu jadi Bill Gates kalau dia bagi alasan macam kau?" Ramai orang gagal universiti, tapi kenapa cuma Bill Gates yang cipta Microsoft? Kalau kau rasa tak sehebat dia, jangan mimpi untuk saja-saja  jatuh sebab dunia ni bukan hanya untuk dunia. Aku cakap ni sebab ramai sangat yang guna nama Bill Gates bila tak lulus periksa. Takpe, bagus memotivasikan diri. Tapi biar motivasi tu mampu b...

PANDANGAN dan JURANG

Imej
Hari ini aku belajar lagi. Satu. Kita selalu pesan "Don't Judge". Tapi macam mana kita nak hidup tanpa 'menilai' orang? Kita pun. Setiap orang ada perspektif yang berbeza terhadap kita.  Nak tak nak kau akan nilai orang pada tulisan dia di Facebook.  Nak tak nak kau akan nilai orang pada nada suaranya di telefon. And kau akan ada pandangan kau sendiri walaupun belum pernah bersua muka. And lepas bersua muka pun kau akan ada pandangan kau sendiri yang mungkin sama mungkin juga berbeza dengan perspektif asal kau terhadap dia. Cuma satu je. Jangan lah percaya seratus peratus dengan apa yang kita rasa. Dah namanya pun PERSPEKTIF kan?  Dan perspektif kau mungkin jugak SALAH. Even orang yang kau rapat gila pun belum tentu kau kenal habis. Even diri kau sendiri pun belum tentu kau faham sepenuhnya.  Dua. "Weh senonoh gila kau. HAHAHAHAH. Penat aku gelak!!"  Monaliza gelak sambil mencubit Saleha di sebelah.  Kringg kringgg. *Telefon berbu...

Tentang Nada

Aku memang suka bercakap. Tapi menulis sepertinya lebih dalam ketersampaiannya. Bila bercakap, its about two things. Satu: Nada (irama suara) Dua : Maksud (point yang nak cakap) Boleh jadi dua benda dengan maksud sama tapi difaham dengan dua jalan berbeza hanya kerana nada dan tone suara. Ini bahaya. Gadis yang lemah lembut itu dan gadis yang lantang suara itu bicaranya difaham dengan cara berbeza meski punya intipati sama. Alahai. Kalau maki orang dengan voice halus gitu orang tak rasa macam kena maki pun. Kalau puji orang dengan nature suara yang macam sempoi ka kasaq sikit nanti tafsirannya diperli. Sebab apa aku lagi suka menulis dalam membuahkan pandangan? Sebab kita ni naturalnya bila bercakap macam semangat sikit. And loud. Dia jadi macam aggressive dan mungkin nampak emosi bila tengah semangat cerita. So kadang-kadang rasa macam point tu tak sampai sebab basically orang tengok cara kita cakap. And orang macam rasa kita ni nak cari gaduh pun ada. Lain denga...