Catatan

PANDANGAN dan JURANG

Imej
Hari ini aku belajar lagi. Satu. Kita selalu pesan "Don't Judge". Tapi macam mana kita nak hidup tanpa 'menilai' orang? Kita pun. Setiap orang ada perspektif yang berbeza terhadap kita.  Nak tak nak kau akan nilai orang pada tulisan dia di Facebook.  Nak tak nak kau akan nilai orang pada nada suaranya di telefon. And kau akan ada pandangan kau sendiri walaupun belum pernah bersua muka. And lepas bersua muka pun kau akan ada pandangan kau sendiri yang mungkin sama mungkin juga berbeza dengan perspektif asal kau terhadap dia. Cuma satu je. Jangan lah percaya seratus peratus dengan apa yang kita rasa. Dah namanya pun PERSPEKTIF kan?  Dan perspektif kau mungkin jugak SALAH. Even orang yang kau rapat gila pun belum tentu kau kenal habis. Even diri kau sendiri pun belum tentu kau faham sepenuhnya.  Dua. "Weh senonoh gila kau. HAHAHAHAH. Penat aku gelak!!"  Monaliza gelak sambil mencubit Saleha di sebelah.  Kringg kringgg. *Telefon berbu...

Tentang Nada

Aku memang suka bercakap. Tapi menulis sepertinya lebih dalam ketersampaiannya. Bila bercakap, its about two things. Satu: Nada (irama suara) Dua : Maksud (point yang nak cakap) Boleh jadi dua benda dengan maksud sama tapi difaham dengan dua jalan berbeza hanya kerana nada dan tone suara. Ini bahaya. Gadis yang lemah lembut itu dan gadis yang lantang suara itu bicaranya difaham dengan cara berbeza meski punya intipati sama. Alahai. Kalau maki orang dengan voice halus gitu orang tak rasa macam kena maki pun. Kalau puji orang dengan nature suara yang macam sempoi ka kasaq sikit nanti tafsirannya diperli. Sebab apa aku lagi suka menulis dalam membuahkan pandangan? Sebab kita ni naturalnya bila bercakap macam semangat sikit. And loud. Dia jadi macam aggressive dan mungkin nampak emosi bila tengah semangat cerita. So kadang-kadang rasa macam point tu tak sampai sebab basically orang tengok cara kita cakap. And orang macam rasa kita ni nak cari gaduh pun ada. Lain denga...

Orang panggil dia buat bodoh je

Hari ini baru aku mengerti perasaannya seorang ibu yang memanggil anak-anak tanpa sahutan. Juga aku mengerti perasaan ibu yang meminta tolong anaknya membantu dan dijawab dengan permulaan "alaaa" atau "hmmm" dan lebih jujur lagi terus berkata tidak. Dan bila difikir lebih jauh lagi, sejauh mana perasaan marah dan kecewa ibu itu masih dia mampu bersabar dengan kerenah anaknya. Dan bila difikir lebih jauh lagi, berapa kali kita buat ibu kita begitu? Dan bila difikir lebih jauh lagi, berapa kali kita tidak telus dalam menyahut apabila Tuhan yang seluruh nafas kita dalam kekuasaanNya, memanggil kita? Senang sangat bermudah-mudah kita ini. Benda yang kita tak suka orang buat pada kita, tapi kita buat pada orang? Pada Dia? Hebat. Aku la yang paling terasa sekali.

APA ERTINYA AKU SEORANG MAHASISWA?

Imej
“Syuk.” Kaki dihayun seiring rakan di sebelah. “Hmm.” Syuk tidak menoleh. Langkahnya laju. Angin malam bumi Irbid yang sejuk menampar wajahnya membuatkan dia tidak sabar hendak sampai ke rumah.  “Bagi kau, apa erti kau seorang mahasiswa?” Fizo bertanya. “Hekkk?” Rahang bawah jatuh. Soalan spesies luar alam apa pulak yang ditanya budak ni malam-malam macam ni. Putus fius ke apa? “Bagi kau, apa erti kau seorang mahasiswa?” soalan diulang tanya. “Alaa, jangan la tanya soalan macam ni. Mana la aku tahu.” Syuk menyiku Fizo yang sudah mencebikkan bibir. Ini bukan yang pertama. Hampir setiap orang yang diajukan pertanyaan serupa melontarkan jawapan yang sama. Jawapan klise yang tak menarik. Langsung. Aneh. Dalam lincah kaki mengorak langkah saban hari menuju ke kuliah, takkan tak pernah walau sekali kita memikirkan persoalan ini. Atau mungkin saja seandainya soalan ini tak ditanya pada kita, selamanya kita tak terfikir dan berfikir tentang persoalan yang menagih jawapan crucia...

TURKIYE

Imej
Analisa kembara di Bumi Al Fatih. Sebab lately malas sangat nak menulis, dan malas sangat nak bercerita. So I thought let me keep my story for myself. But then, again, its always a waste for not sharing what you have with others. Dan percayalah. Perkara paling indah bagi aku sepanjang 12 hari ini adalah nikmat bertemu dengan manusia manusia yang membahagiakan. Turki indah kerana manusianya. Ada dua jenis manusia di bumi ini. Sama ada dia tidak mengamalkan Islam dalam hidup (sekular), atau dia sangat menginginkan Islam dalam hidupnya. I really mean it when I write 'sangat menginginkan'. Damba. Mereka mendambakan Islam. Dan perjalanan ini jadi sangat indah bila aku dengar sendiri kisah sejarah dua versi berbeza dari dua golongan yang baik hati ini. Tentang Altaturk, Elminonu, Elbakan dan Erdogan. Tentang apa yang mereka rasa dari sudut pandang mereka. Bila sekumpulan kanak-kanak sekolah katakan mereka cintakan Altaturk, bukan bererti mereka ini teruk, jahat, dan nan...

Raef - You Are The One | From "The Path" Album: 06.06.2014

Imej

they who tolerate me :)

Imej
Bukan persamaan yang jadi punca manusia mampu sebumbung. Bukan persamaan yang jadi punca manusia mampu selesa bersama. Bukan juga cuma perbezaan jadi punca manusia mampu saling melengkapkan. Tapi toleransi dalam menerima seadanya. Boleh jadi saja yang sama itu bahkan lebih bahaya. Persisnya api dengan api, duri dengan duri. Boleh jadi juga yang berbeza itu bagiannya sosok yang tidak memenuhkan bagian yang kau kurang. Yang penting, toleransi. Dalam menerima seadanya. Dan kesediaan menerima kekurangan. Kalau tak, siksa. And the truth is, I am more than happy to have this family with me. Yang sudi terima saya seadanya. Yang sudi toleransi. Nak faham orang bukan senang. Tapi mereka menerima.